Info jendela perpindahan musim panas - apa yang perlu anda tahu.

Jendela perpindahan musim panas: apakah borang perjanjian dan bagaimana kelab Liga Perdana Inggeris boleh menandatangani pemain selepas tarikh akhir.

Chelsea mungkin akan menggunakan borang perjanjian jika mereka bergelut untuk menandatangani Pierre-Emerick Aubameyang dari Barcelona sebelum jam 11 malam ini (waktu UK, kira-kira jam 6 pagi waktu Malaysia).

Jendela perpindahan musim panas ini tidak lama lagi menghampiri apa yang mungkin menjadi penutup yang sangat dramatik.

Urusan perpindahan dibuka lebih awal pada bulan Jun dan telah menyaksikan sejumlah besar pemain dibawa masuk ke seluruh Liga Perdana Inggeris dan Eropah, dalam beberapa kes untuk bayaran yang menarik.

Beberapa perpindahan besar pada musim panas ini adalah termasuk pembelian Darwin Nunez oleh Liverpool dengan harga €75 juta; Erling Haaland ke Manchester City dengan bayaran €60 juta; Antony ke Manchester United dengan harga €100 dan terbaru Chelsea menandatangani Wesley Fofana dari Leicester City dengan harga €70 juta.

Manchester United menandatangani pemain sayap Brazil dari Ajax dengan harga £86 juta (100 juta euro).

Walau bagaimanapun, masih ada beberapa pemain yang akan melengkapkan perpindahan apabila kita mencapai beberapa jam terakhir hari penutupan jendela perpindahan.

Selain itu, bagi kelab yang tidak dapat memuktamadkan atau menyelesaikan perpindahan mengikut jam yang ditetapkan, mungkin terdapat kemungkinan untuk melanjutkan masa yang tersedia untuk mereka melalui borang perjanjian.

Berikut adalah semua yang anda perlu tahu tentang apa itu borang perjanjian dan bila tarikh akhir perpindahan.

Bilakah jendela perpindahan musim panas ditutup?

Hari ini, Khamis 1 September 2022, adalah hari terakhir jendela perpindahan musim panas dengan tarikh akhir Liga Perdana dan EFL ialah 11 malam BST (British Summer Time - Waktu Musim Panas British).

Hari ini adalah sama untuk semua liga lima teratas Eropah walaupun La Liga Sepanyol memberi tarikh akhir liga mereka pada 10.59 malam CEST (9.59 malam BST).

Kedua-dua Bundesliga Jerman dan Serie A Itali akan ditutup pada jam 5 petang CEST (Central European Summer Time - Waktu Musim Panas Eropah Tengah).

Di Scotland, kelab mempunyai masa sehingga tengah malam untuk menyelesaikan urusan perpindahan mereka.

Apakah  borang perjanjian?

Borang perjanjian ialah apa yang digunakan oleh kelab untuk mengesahkan perjanjian telah berlaku untuk memberi masa tambahan kepada mereka menyerahkan dokumentasi yang tinggal.

Semasa tarikh akhir musim panas tahun lepas, yang juga mempunyai masa terakhir pada jam 11 malam, borang perjanjian tidak boleh digunakan sebelum jam 9 malam dan perlu tiba sepenuhnya sebelum tarikh akhir jam 11 malam.

Apabila borang telah dihantar, kelab kemudian mempunyai tambahan dua jam (sehingga 1 pagi) untuk menyelesaikan semua kertas kerja dan perlu menghantarnya.

Bolehkah kelab menandatangani pemain selepas tarikh akhir?

Borang perjanjian adalah satu-satunya cara kelab boleh menandatangani pemain selepas tarikh akhir 11 malam dalam Liga Perdana Inggeris dan EFL.

Jika persetujuan belum dicapai pada masa ini atau borang perjanjian tidak dilengkapkan sepenuhnya dan diserahkan, maka kelab dan pemain mesti menunggu sehingga jendela perpindahan Januari untuk membuat perpindahan baharu.

Adakah masih ada perjanjian yang dalam perbincangan?

Pemain Brazil, Arthur Melo telah dilaporkan dalam perjalanan ke Liverpool awal pagi ini dan dia dijangka dipinjamkan di Anfield sehingga akhir musim 2022/23, menurut wartawan Itali, Romeo Agresti.

Terdapat juga kemungkinan West Ham akan mengejar bek tengah Southampton, Jan Bednarak sebelum tamat jendela perpindahan.

Leicester, Wolves dan Aston Villa semuanya telah bertanyakan mengenai Craig Dawson tetapi dengan pemain berusia 32 tahun itu dilaporkan berminat untuk berpindah dari Stadium London, David Moyes mungkin bersedia untuk mendapatkan wang daripada bekas pertahanan West Brom itu.

Salah satu perpindahan besar yang masih dalam perbincangan ialah harapan Chelsea untuk menandatangani Pierre-Emerick Aubameyang, yang menjadi mangsa rompakan dan serangan awal minggu ini.

Kedua-dua pihak dilaporkan telah mencapai persetujuan peribadi pada hari Selasa tetapi Barcelona nampaknya sedikit terganggu. 

Bek kiri Chelsea, Marcos Alonso dibenarkan berpindah ke arah bertentangan dengan berkemungkinan membuka jalan kepada pertukaran Aubameyang ke Stamford Bridge.

David Ornstein bagaimanapun baru-baru ini memberitahu BBC Radio 5 Live Breakfast: "Chelsea akan meneruskan rundingan dengan syarat yang dipinda dan jika semuanya berjalan lancar, dia akan kembali ke Liga Perdana Inggeris, hanya enam bulan selepas meninggalkan Arsenal dalam keadaan yang teruk.

"Chelsea juga telah melihat Ibrahim Sangare dari PSV, jadi mungkin terdapat lebih banyak aktiviti di Stamfrod Bridge. 

"Tumpuan dan perhatian ialah Aubameyang."

Post a Comment

Previous Post Next Post