Douglas Luiz, James Garner dan Cody Gakpo adalah antara beberapa nama yang dijangka melengkapkan perpindahan pada hari akhir jendela perpindahan musim panas ini.
Jendela perpindahan musim panas semakin menghampiri kemuncaknya setelah tiga bulan proses rundingan dan tawar-menawar berlaku dikalangan kelab terlibat, yang akhirnya kita dapat menyaksikan beberapa langkah terbesar di seluruh Eropah.
Manchester City memulakan jendela musim panas dengan pembelian paling hangat apabila menandatangani bintang Norway, Erling Haaland dengan harga £55 juta.
Haaland sejak itu telah menjaringkan dua hatrik pada musim ini, menjaringkan sembilan gol dalam lima perlawanan sahaja.
Beberapa sorotan lain di jendela perpindahan ini termasuklah Gabriel Jesus yang berpindah ke Arsenal, dengan kita semua menyaksikan The Gunners memenangi lima daripada lima perlawanan pertama mereka.
Dan pemain Brazil itu menjaringkan tiga gol dan memberikan tiga bantuan untuk memecahkan rekod Arsenal yang sebelum ini dimiliki Mesut Ozil.
Liverpool menandatangani Darwin Nunez dari Benfica dengan harga sekitar £65 juta dan terbaru Chelsea menandatangani pemain pertahanan Leicester City, Wesley Fofana dengan harga £70 juta.
Memandangkan masa penutupan dan tarikh akhir menghampiri, masih terdapat beberapa perpindahan besar akan berlaku, tetapi adakah ia akan mencapai tahap harga yang pernah kita lihat sebelum ini?
Berikut kami bawakan perpindahan paling mahal dalam sejarah bolasepak yang dilakukan pada jendela musim panas.
Gareth Bale: £83.5 juta.
Pada 2013, Bale mencipta rekod dunia bagi yuran perpindahan ketika itu, apabila dia berpindah dari Tottenham ke Real Madrid.
Semasa berada di ibu negara Sepanyol itu, Bale menjaringkan salah satu sepakan overhead paling menakjubkan sepanjang masa dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada 2018.
Dia menjaringkan lebih 100 gol untuk Los Blancos, memenangi 16 trofi bersama mereka sebelum dia berpindah ke Los Angeles awal musim panas ini.
Pierre-Emerick Aubameyang: £55 juta.
Arsenal menandatangani pemain antarabangsa Gabon itu pada 2018 daripada Borussia Dortmund, pada harga yang menjadi salah satu perpindahan terbesar.
Permulaan beliau untuk The Gunners pada peringkat awal adalah begitu fenomenal sehingga beliau dianugerahkan kapten apabila Granit Xhaka dilucutkan daripada peranan tersebut.
Bagaimanapun, keadaan mula menjadi buruk menjelang penghujung tempohnya dan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Gabon itu tidak lama kemudian ditolak keluar oleh Mikel Arteta dan menyaksikannya menyertai Barcelona pada Januari 2022.
Fernando Torres: £50 juta
Kembali pada 2011, Chelsea memecahkan rekod dengan jumlah yang dibelanjakan oleh sebuah kelab Inggeris apabila mereka menandatangani Fernando Torres dari Liverpool.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu telah mencapai kejayaan besar untuk The Reds tetapi tidak dapat meniru prestasinya apabila dia berpindah ke Barat London.
Dia kemudiannya dipinjamkan ke AC Milan pada 2014 dan tidak pernah bermain untuk The Blues lagi sejak itu.
Thomas Partey: £45 juta.
Atletico Madrid tidak mempunyai pilihan selain menjual kepada Arsenal pada 2020, apabila klausa pelepasan Partey dicetuskan tepat pada penghujung jendela dan pasukan La Liga itu terpaksa menjual pemain Ghana itu.
Pemain berusia 29 tahun itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan bolasepak Inggeris tetapi tidak lama kemudian menjadi pemain yang kukuh di bahagian tengah untuk The Gunners.
Mesut Ozil: £42.5 juta.
Kembali pada tahun 2013, Arsenal sekali lagi mengeluarkan belanja besar apabila mereka menandatangani pemain antarabangsa Jerman, Mesut Ozil dengan harga £42.5 juta pada hari akhir penutupan jendela perpindahan.
Walaupun telah diberikan kontrak besar £350,000 setiap minggu, semuanya tidak berjalan lancar untuk pemain tengah itu dan Arsenal akhirnya melepaskan dia pergi secara percuma.
Ronaldo: £40.5 juta.
Salah seorang pemain paling berbakat di dunia, bukan Cristiano, tetapi pemain Brazil, telah menyertai Real Madrid dari Inter Milan pada 2002 dengan harga £40.5 juta.
Ini berlaku lima tahun selepas meninggalkan saingan terbesar Real, Barcelona dan pemain antarabangsa Brazil itu menjaringkan 104 gol dalam 177 perlawanan untuk gergasi Liga Juara-Juara itu.
Bagaimanapun, hanya dua penghormatan utama diberikan pada masa itu, juara La Liga pada 2003 dan 2007, kerana Galacticos mengalami kemarau yang jarang berlaku.
Anthony Martial: £36 juta.
Pemain Perancis ini memecahkan rekod bayaran untuk seorang pemain remaja pada tahun 2015 apabila Manchester United menandatangani Martial dari Monaco dengan harga £36 juta dan tambahan £22 juta sebagai bayaran lain.
Walaupun membuat impak segera bersama Red Devils, Martial sejak itu bergelut dan baru-baru ini menikmati tempoh pinjaman di Sevilla sebelum kembali ke Old Trafford pada musim panas ini.
Dia berharap untuk memperbetulkan kariernya di Manchester di bawah pengurus baharu Erik ten Hag.
Andy Carroll: £35 juta.
Untuk beberapa jam pada hari hari akhir, Andy Carroll menjadi pemain bolasepak termahal dalam sejarah perpindahan Britain selepas Liverpool menandatangani penyerang itu dengan harga £35 juta dari Newcastle pada 2011.
Kemudian pada hari itu juga, Torres kemudiannya mengatasi rekod tersebut apabila menandatangani kontrak dengan Chelsea.
Perpindahan itu ternyata membuang masa untuk The Reds apabila dia berjaya menjaringkan 11 gol daripada 58 perlawanan sebelum kecederaan melanda.
Bekas penyerang West Ham itu menyertai pada masa yang sama dengan Luis Suarez, yang membuktikan kejayaan yang lebih besar untuk The Reds.
Alex Oxlade-Chamberlain: £35 juta
Arsene Wenger menggunakan Oxlade-Chamberlain sebagai pemain sayap dan itu termasuk sebagai pertahanan sayap.
Pada 2017 pemain antarabangsa England itu merasakan masanya sudah tiba untuk digunakan sebagai pemain tengah ketika dia melengkapkan perpindahan ke Liverpool.
Bagaimanapun, di sebalik kejayaan muncul juara Liga Perdana, Piala Liga, Piala FA, Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab, masa pemain tengah itu di Anfield bukanlah yang terbaik secara peribadi kerana dia mendapati dirinya secara konsisten dibelenggu kecederaan.
Danny Drinkwater: £35 juta
Kembali pada tahun 2017, Leicester dan Chelsea melengkapkan perpindahan pada minit akhir hari penutupan jendela perpindahan untuk Drinkwater pada harga £35 juta, namun The Blues mungkin berharap perjanjian itu tidak berjaya sama sekali.
Drinkwater dihantar untuk pinjaman pada musim panas ini dengan hanya membuat 12 penampilan Liga Perdana serta dihantar keluar sebanyak empat kali (menjalani pinjaman : Huddersfield, Cardiff, Watford dan Barnsley).