Kegilaan Chelsea dengan usaha menandatangani pemain lebih €100 juta.

Chelsea dilaporkan bersedia menandatangani pemain yang bernilai lebih €100 juta, usaha gigih The Blues masih belum berakhir untuk jendela Januari.

Usaha Chelsea dalam mengukuhkan pasukan mereka pada jendela perpindahan Januari masih belum berhenti ketika mereka berusaha untuk bangkit dalam saingan kedua aksi liga dan cuba mencari tempat ataupun slot Liga Juara-Juara.

Pada masa ini berada di tangga ke-10 liga, Chelsea mendapati diri mereka berada 10 mata dari kedudukan empat teratas, kedudukan yang penting buat mereka dengan masa untuk mengejar semakin suntuk.

Terdahulu, kelab itu berulang kali cuba mendapatkan Enzo Fernandez dari Benfica. 

Dan setiap kali Chelsea menghampiri kelab Portugal itu, berulang kali jugalah Benfica menunjuk klausa pelepasan pemain Argentina itu, yang bernilai €120 juta.

Malah mereka juga tidak bersedia untuk mendengar percubaan Chelsea untuk mengurangkannya.

Pun begitu, terdapat dakwaan yang melibatkan pertukaran beberapa pemain dari kelab London itu, tetapi ia dengan pantas ditolak oleh Benfica.

Record pada edisi Isnin melaporkan bahawa Chelsea telah kembali untuk mencuba sekali mendapatkan Enzo.

Akhbar Portugal itu berkata, menurut maklumat mereka sendiri, bahawa Chelsea menyediakan tawaran baharu untuk pemenang Piala Dunia itu. 

Walaupun begitu, ia mengulangi bahawa Benfica tetap mahukan €120 juta untuk pemain tengah itu dan menjelaskan ia tidak akan kurang satu sen pun.

Mengulas usaha kelab London itu sebelum ini, Record menyatakan: 

"Pada bulan Disember, Chelsea datang ke Lisbon untuk berunding dengan The Reds dan menawarkan untuk membayar €127 juta secara ansuran, dengan Rui Costa (Pengarah Sukan Benfica) berhasrat untuk menerima nilai klausa itu secara tunai (seketul €127 juta).

"Selepas itu, pegawai Chelsea mengubah syarat-syarat tawaran dan meletakkan tawaran bernilai €90 juta ditambah perpindahan Ziyech secara tetap dan pinjaman Datro Fofana dan Andrey Santos."

Tawaran itu nyata tidak menggembirakan Benfica dan sebaliknya berjaya menimbulkan situasi rimas (tidak senang) kepada kelab Portugal itu. 

Apa yang mungkin ditawarkan oleh Chelsea sekarang masih tidak jelas.

Namun mereka masih belum berhenti daripada membeli pemain baharu pada jendela perpindahan Januari ini.

Ini adalah kegilaan selepas mereka menandatangani beberapa pemain dan menghabiskan sejumlah £148 juta lebih untuk:

  • David Datro Fofana (£10.6 juta, Molde)
  • Benoit Badiashile (£33.6 juta, Monaco)
  • Andrey Santos (£11 juta, Vasco da Gama)
  • Joao Felix (pinjaman, Atletico Madrid)
  • Mykhaylo Mudryk (£62.5 juta, Shakhtar Donetsk)
  • Noni Madueke (£30.7 juta, PSV Eindhoven)

Post a Comment

Previous Post Next Post