Keane tidak setuju dengan Neville berhubung kelakuan Arteta.

Roy Keane pertahankan kelakuan Mikel Arteta yang dikecam hebat setelah menerima kad kuning.

Garry Neville sentiasa 'panas' dengan Arsenal terutamanya pengurus pasukan, Mikel Arteta.

Ada sahaja yang tidak kena pada pandangannya mengenai kelakuan dan tidak balas pengurus The Gunners itu.

Terbaru, bekas pemain Manchester United itu 'menghentam' Arteta setelah pengurus Arsenal itu dilayangkan kad kuning.

BACA: Garry Neville pilih Mikel Arteta untuk dikecam.

Walaupun Neville disertai oleh beberapa rakan pundit lain menghentam Arteta, namun tidak bagi bekas rakan sepasukannya di United, Roy Keane.

Bekas kapten Red Devils itu berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan cara dan kelakuan Mikel Arteta selepas pengurus Arsenal itu dilayangkan kad kuning semasa kemenangan mendebarkan 3-2 pasukannya ke atas Manchester United malam tadi.

Pada separuh masa pertama, Arteta, yang semakin kerap dikritik kerana kelakuannya di tepi padang telah dilayangkan kad kuning kerana merayu dan terlalu lantang membantah mengenai kekasaran daripada Luke Shaw terhadap Saka.

Tetapi Keane mempertahankan pengurus Arsenal itu, malah bekas rakan sepasukan Neville itu suka melihat keghairahan dan emosi sedemikian di tepi padang, terutamanya apabila ia memberi kesan positif kepada pemainnya.

Ditanya mengenai layangan kad kuning kepada Arteta, Keane memberitahu Sky Sports

"Saya pastinya tidak akan risau mengenai kad kuning, kad merah yang anda perlu risaukan!

"Tetapi dari sudut pandangan Arsenal, saya fikir mereka akan OK dengannya, kerana dia [Arteta] jelas bersemangat dan anda berada dalam pekerjaan ini bukan untuk disukai!

"Dia [Arteta] berada di sana untuk memenangi perlawanan bolasepak untuk Arsenal dan itulah yang dia lakukan.

"Dengar, dia mendapat kad kuning, dia perlu makan ubatnya, tetapi saya secara amnya tidak mempunyai masalah dengannya.

"Kami melihat pengurus lain melakukan perkara yang kami mungkin tidak selalunya bersetuju, tetapi mereka beremosi, mereka bersemangat dan saya fikir itu hanya kerana dia mahu menang. 

"Saya tidak akan terlalu keras terhadapnya."

Ditemani rakan setugas yang membuat liputan perlawanan itu, Cesc Fabregas juga tidak mempunyai masalah dengannya, sambil menambah: 

"Saya sentiasa suka apabila saya merasakan pengurus mempunyai semangat seperti ini dan ia membawa pemain lain untuk memberikan sedikit usaha tambahan."

Keane menjawab: "Saya pun sama. Dan Pep Guardiola semalam telah dikritik kerana temu bualnya selepas perlawanan, tetapi saya sentiasa menyukai pengurus yang emosi dan bersemangat. Saya tiada masalah dengannya."

Arteta dengan sikapnya yang sentiasa berterus-terang, hanya tersenyum apabila ditanya tentang layangan kad kuningnya dan menjawab: "Tidak boleh mengadu (complaint). Anda sentiasa boleh menjadi lebih baik dalam hidup."

Post a Comment

Previous Post Next Post