Usaha Barcelona untuk menandatangani pemain Arsenal gagal.

Usaha kelab Sepanyol untuk menandatangani pemain muda Arsenal kini dilihat sesuatu yang mustahil setelah pemain itu difahamkan sudah mencari pasukan lain.


Perpindahan yang dirancang Barcelona untuk pemain muda Arsenal, Miguel Azeez kini dilihat sebagai sesuatu yang hampir mustahil, dengan pemain itu sudah mencari alternatif lain.

Perkara itu didedahkan Sport, yang mengatakan bahawa - walaupun kelab Catalan itu telah mengadakan rundingan mengenai perjanjian bersama pemain itu beberapa minggu lalu, namun tidak mungkin dia akan berakhir di Camp Nou.

Mereka melaporkan bahawa usaha itu kini dihentikan dengan jurulatih Barca Atletic (Barca B), Rafa Marquez meminta kelab itu untuk memberi tumpuan kepada bahagian lain dalam pasukan buat masa ini.

Marquez membuat keputusan untuk melupakan usaha mendapatkan pemain muda Arsenal itu selepas menilai skuadnya pada pramusim dan dimaklumkan tentang kegawatan kewangan di kelab itu.

Miguel Azeez,20 bakal meninggalkan Arsenal secara percuma.

Sebelum ini, Azeez telah membuat keputusan untuk meninggalkan Arsenal secara percuma dan menyertai Barcelona selepas menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Ibiza dan Wigan. 

Barcelona melihatnya sebagai peluang terbuka di pasaran dan terus mara untuk menandatanganinya.

Bagaimanapun perkara itu kini tidak lagi diteruskan kerana Marquez mempunyai keutamaan lain untuk pasukannya dan mahukan perkara itu diselesaikan terlebih dahulu.

Bagi pemain muda The Gunners itu pula, dia difahamkan telah mempunyai pilihan lain pada musim panas ini.

Azeez memulakan kariernya bersama Arsenal dengan menyertai akademi remaja The Gunners pada usia 5 tahun.

Dan pada 24 September 2019, Azeez telah diberikan kontrak profesional pertamanya oleh Arsenal.

Dia kemudian membuat penampilan sulung untuk pasukan utama The Gunners pada 10 Disember 2020, menggantikan Joe Willock pada minit ke-83 dalam kemenangan 4 - 2 Arsenal di tempat lawan menentang pasukan Ireland, Dundalk di Stadium Aviva dalam saingan Liga Europa.

Penampilan tersebut merupakan satu-satunya aksi beliau bersama skuad utama Arsenal sepanjang kariernya menyarung jersi merah putih.

Post a Comment

Previous Post Next Post