Ozil cetus kontroversi lagi.

 Tatu baharu Mesut Ozil cetuskan kontroversi.

Bekas pemain Arsenal, Mesut Ozil, kembali mencetuskan kontroversi selepas gambar terbarunya didedahkan.

Ozil, sebelum itu telah mengumumkan persaraannya daripada arena bolasepak profesional pada 22 Mac 2023.

Perancang berbisa ini sememangnya terkenal dengan kritikan dan pandangan politiknya yang lantang, apabila kita menyaksikan bagaimana dia mengkritik bekas presiden Persatuan Bolasepak Jerman, Reinhard Grindel - dengan berkata: "Individu yang mempunyai latar belakang diskriminasi kaum tidak seharusnya dibenarkan bekerja di persekutuan bola sepak terbesar di dunia, yang mempunyai pemain daripada keluarga dwi-warisan."

Beliau turut menyuarakan pandangannya terhadap penindasan ethik Uighur, apabila mengecam layanan China (mengenai layanan buruk mereka) kepada ethnik tersebut, yang merupakan minoriti Islam.

Malah beliau turut melontarkan kritikannya itu kepada seluruh masyarakat antarabangsa apabila mereka hanya berdiam diri dan membisu mengenai isu penindasan itu.

Kini, beliau sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambar terbarunya bersama jurulatih peribadinya tersebar.

Ozil bersama jurulatih peribadinya.

Dalam gambar yang disiarkan oleh Bild,  Ozil menayangkan tatu serigala kelabu yang cukup besar di dadanya, sekaligus mencetuskan perbahasan mengenainya.

Serigala Kelabu merupakan simbolisme politik yang penting kerana ia mewakili organisasi sayap kanan Turki, yang dipanggil Serigala Kelabu (The Gray Wolf). 

Kumpulan ini terkenal dengan pandangan nasionalis dan ultra-konservatif serta dikaitkan dengan keganasan. 

Selain itu, Serigala Kelabu bersekutu rapat dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Ozil telah menjadi penyokong lantang presiden itu.

 

In Germany, the ultra-nationalist organizations of the “ Grey Wolves ” are monitored by the Office for the Protection of the Constitution. It is now the largest right-wing extremist organization in Germany: it is believed to have around 20,000 followers. -- BILD.


Ini bukan kali pertama Ozil menerima respon yang tidak menyenangkan mengenai kaitan dan hubungan politiknya. 

Pada 2018, beliau dan rakan sepasukannya dari Jerman, Ilkay Gundogan telah dikritik kerana bergambar dengan Presiden Erdogan, yang akhirnya menyebabkan mereka diketepikan daripada pasukan kebangsaan.

Mengenai pendedahan tatunya itu, ia masih tidak jelas mengapa Ozil memilih untuk mencacah tatu serigala itu di dadanya. 

Walaupun ada yang membuat spekulasi bahawa ia mungkin tanda sokongan kepada kumpulan Serigala Kelabu, namun mereka yang lain berpendapat bahawa ia adalah hanya (boleh juga) menjadi simbol peribadi tanpa sebarang konotasi politik.

Tanpa mengira niat sebenar Ozil, tatu itu telah mencetuskan perdebatan hangat tentang pendirian politiknya.

Ada yang menuduhnya sebagai tanda sokongan kepada Serigala Kelabu yang penuh dengan kontroversi, sementara yang lain mempertahankannya, menegaskan bahawa tatu itu mungkin mewakili kepentingan budaya dan bukannya kenyataan politik.

Serigala Kelabu mempunyai sejarah kegaganasan sejak ia ditubuhkan pada 1963 oleh Alparslan Turkes, bekas pegawai tentera Turki.

Kumpulan itu didakwa telah terlibat dalam insiden keganasan, termasuk pembunuhan wartawan Turki-Armenia, Hrant Dink pada 2007. 

Walaupun Serigala Kelabu diharamkan di Jerman, mereka terus beroperasi di Turki dan negara lain.

Kedua-dua media Turki dan Jerman telah mengkritik keputusan Ozil untuk mencacah tatu serigala itu.

Setakat ini, Ozil masih belum menjawab atau memberi sebarang respon mengenai kontroversi tatunya secara terbuka. 

Post a Comment

Previous Post Next Post