Inter Milan mahu menandatangani Takehiro Tomiyasu.

Inter Milan mampu mendapatkan pemain pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu dan bersedia menawarkan €20 juta, yang mungkin lebih rendah daripada penilaian The Gunners.

Menurut Gazzetta dello Sport, pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu masih berada dalam radar Inter Milan, yang bersedia untuk membuat tawaran. 

Laporan itu mengatakan gergasi Itali itu akan mengambil peluang mereka dan membuat tawaran bernilai €20 juta, yang mana usaha sebelum ini dikatakan tidak berhasil.

Inter Milan mempunyai banyak masalah yang belum diselesaikan menjelang musim ini. Mereka secara aktif telah mencari penyerang baharu, tetapi kekangan kewangan mereka telah menyebabkan mereka menarik dari daripada mengejar sasaran utama yang ditetapkan.

Mereka kuat dikaitkan dengan Folarin Balogun dari Arsenal tetapi telah mengendurkan minat mereka kerana harga yang diminta terlalu tinggi.

Sekembalinya ke Arsenal untuk musim 2023/24, Balogun menyatakan dia tidak akan meninggalkan kelab lagi secara pinjaman.

Itu menyebabkan mereka terpaksa mengalah kepada Atalanta dalam usaha mendapatkan Gianluca Scamacca, malah mereka kini mencari pilihan lain di pasaran sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September ini.

Selain itu, mereka juga mempunyai kekurangan pada bahagian pertahanan, dengan mereka kini giat mencari penyelesaian. 

Inter Milan telah mengenal pasti ruang kosong yang ditinggalkan Milan Skriniar (berhijrah menyertai PSG) sebagai keutamaan mereka dan mempunyai beberapa calon berpotensi dalam senarai mereka.

Mereka mahukan Trevoh Chalobah dari Chelsea terlebih dahulu tetapi bek tengah Inggeris itu kelihatan mustahil untuk ditandatangani berdasarkan situasi semasa. 

Oleh itu, mereka bersedia untuk berpatah balik dan melihat pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu.

Selepas musim pertama yang cemerlang di Arsenal, Tomiyasu akhirnya tergelincir dari senarai utama skuad permulaaan The Gunners kepada Ben White dalam kempen terakhir. 

Bagaimanapun dia kekal penting dalam rancangan Mikel Arteta tetapi bukan lagi pemain permulaan tetap dan dia sejak itu lebih banyak digunakan pada pertahanan kiri.

Namun kemasukkan Jurrien Timber telah memberikan sandaran baharu untuk Ben White dan kawasan pertahanan tengah. 

Pemain Belanda itu setakat ini banyak beraksi sebagai bek kiri dan berjaya mengekalkan tempatnya pada perlawanan pembukaan musim Arsenal menentang Nottingham Forest.

Timber, sama seperti Tomiyasu boleh bermain di mana-mana sahaja pada bahagian pertahanan.

Inter Milan dilaporkan berminat dengan Tomiyasu sebelum ini, tetapi menurut laporan, mereka mungkin sudah melihat tawaran ditolak oleh Arsenal. 

The Gunners menilai pemain pertahanan Jepun itu pada harga €35 juta, yang kelihatan di luar kemampuan Nerrazzuri.

Beberapa laporan lain sebelum ini menyatakan bahawa Inter Milan telah ditawarkan Tomiyasu, tetapi itu mungkin kelihatan tidak berasas. 

Kini, Inter Milan bersedia untuk menguji keadaan dengan membuat tawaran €20 juta untuk pemain pertahanan Arsenal itu, yang mungkin lebih rendah daripada penilaian The Gunners.

Arsenal membayar sekitar €20 juta atau lebih dua tahun lalu untuk menandatanganinya dari Bologna.

Oleh itu, terdapat peluang untuk The Gunners menjual pemain pertahanan itu pada harga yang rendah, dan apa yang paling penting, Arteta mungkin tidak mahu menjualnya pada peringkat permulaan ini.

Dengan Tomiyasu, Arsenal kelihatan lebih kuat dalam pertahanan berbanding tanpanya. 

The Gunners boleh menjual Rob Holding dan Kieran Tierney sebelum jendela ditutup kerana Arteta lebih mementingkan pemain pertahanan Jepun itu dalam taktikalnya serta pemain itu masih mempunyai peranan penting musim ini.

Arteta memandang tinggi Tomiyasu dan tidak mungkin akan membenarkan penjualannya sekarang.

Walaupun mereka tidak akan menerima tawaran €20 juta daripada Inter Milan, tawaran yang hampir dengan penilaian €35-40 juta, boleh membuatkan The Gunners berfikir dua kali.

Walau bagaimanapun, perjanjian ini tidak mempunyai asas dan mungkin hanya sekadar khabar angin pada peringkat ini.

Tambahan pula, situasi semasa yang menyaksikan Jurrien Timber mengalami kecederaan ketika Arsenal mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama liga musim ini, mungkin membuatkan Arteta tidak bersedia untuk melepaskan Tomiyasu.

Post a Comment

Previous Post Next Post