Ejen menunggu salah seorang wakil Liga Perdana Inggeris tampil dengan sesuatu.
Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Tottenham semuanya berbincang dengan ejen Federico Chiesa, Fali Ramadani kerana ketidakpastian mengenai masa depann pemain tersebut yang berterusan.
Itu menurut La Stampa, yang disampaikan oleh Tutto Juve, mengatakan ejen itu sedang menilai dan memikirkan pihak mana di antara mereka yang akan tampil dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pemain tersebut.
Chiesa telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Juventus pada musim panas ini kerana dia memasuki tahun terakhir perjanjiannya dan rundingan dengan Old Lady mengenai lanjutan kontraknya telah gagal membuahkan hasil.
Banyak laporan dari Itali telah menunjukkan Juventus kini mahukan jualan dan pemain itu difahamkan telah berbincang dengan pelbagai pihak yang berminat, termasuklah beberapa kelab dari Liga Perdana Inggeris.
La Stampa menyokongnya, melaporkan bahawa ejen penyerang itu, Fali Ramadani, sedang cuba memikirkan sesuatu dan berusaha menyelesaikan mana-mana tawaran yang hadir untuk pelanggannya itu pada masa ini.
Ramadani dilaporkan sedang berbincang dengan Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Tottenham mengenai perpindahan yang berpotensi tetapi tiada seorang pun daripada mereka tampil melakukan sesuatu yang serius sehingga kini.
Manakala, Inter Milan juga dilaporkan berminat tetapi tidak mempunyai ruang dalam skuad mereka untuknya musim ini dan ketika ini.
Oleh itu, keadaan terhenti seketika, dengan pemain, ejennya dan Juventus menunggu salah satu daripada empat kelab Liga Perdana Inggeris atau kelab lain untuk membuat langkah sebenar, yang lebih serius untuk mendapatkan Chiesa.
Tottenham akan menjadi pilihan yang jelas kerana mereka telah dikaitkan secara konsisten selama beberapa minggu manakala pasukan seperti Arsenal, Chelsea dan Manchester United nampaknya kurang berkemungkinan untuk mendapatkan pemain tersebut memandangkan mereka mempunyai keutamaan lain pada masa ini.
Pun begitu, menurut laporan sebelum ini, Giuseppe Labellarte mengatakan bahawa Tottenham, Arsenal, Newcastle dan West Ham semuanya berjalan lancar dari segi perpindahan musim panas, manakala Liverpool masih mengekalkan minat mereka terhadap pemain itu.
Ini sedikit berbeza dengan nama-nama kelab Liga Perdana Inggeris yang dikaitkan dengan laporan terkini, di mana Chelsea dan Manchester United tidak disebut.
Namun, disebalik khabar angin yang berlegar ketika ini mengenai pasukan mana yang berminat untuk menandatangani Chiesa, tuntutan gaji pemain tersebut mungkin menjadi batu penghalang dalam menrealisasikan perpindahan ini.
CalcioNapoli24, melaporkan bahawa Chiesa menuntut gaji sekitar £97,500 seminggu dan itu dikatakan menjadi punca beberapa kelab Inggeris seperti West Ham dan Chelsea menghentikan rundingan.
Federico Chiesa telah mencetuskan saga perpindahan besar pada musim panas ini, dengan beberapa kelab terbesar di England dan di Eropah dikatakan berminat dengannya.
Dengan tanda harga yang dilaporkan kurang daripada £30 juta, dia berpotensi menjadi pembelian murah untuk salah satu kelab Inggeris seperti Arsenal, Liverpool, Tottenham, Newcastle dan West Ham.
Walau bagaimanapun, dengan Napoli juga dikaitkan dalam perpindahan, ada kemungkinan Chiesa mungkin tidak akan menyerikan Liga Perdana Inggeris musim ini.