Supersub Giroud
Masuk pada minit ke 68 selepas 3 minit gol penyamaan daripada Jermaine Defoe kemudiannya menjaringkan gol yang membangkitkan semangat juang Arsenal seterusnya memenangi perlawanan ini.![]() |
Meraikan gol pertama yang dijaringkan oleh Giroud. |
Permulaan yang menyakinkan.
![]() |
Gerakan yang menghasilan gol pertama Arsenal yang dijaringkan oleh Sanchez. |
Bersambung babak kedua, Arsenal yakin dengan serangan bagi memburu gol akhirnya dikejutkan oleh serangan pantas Sunderland yang menyaksikan Mustafi melakukan kesilapan apabila hantaran jauh Sunderland mencari Duncan Watmore gagal dipintas dan dikawal dengan baik dan seterusnya memaksa Petr Cech menjatuhkan Duncan Watmore. Jermain Defoe dengan tenang menjaringkan gol melalui sepakan penalti.
Kemasukan Giroud
Giroud yang masuk menggantikan Iwobi tidak mensia-siakan peluang apabila berjaya menjaringkan 2 gol buat Arsenal sebelum Alexis Sanchez sekali lagi menjaringkan gol ke 4 Arsenal.- Sunderland 0-1 Arsenal 19' - Alexis Sanchez.
- Sunderland 1-1 Arsenal 65' - Jermain Defoe
- Sunderland 1-2 Arsenal 71' - Olivier Giroud.
- Sunderland 1-3 Arsenal 76' - Olivier Giroud.
- Sunderland 1-4 Arsenal 78' - Alexis Sanchez.
![]() |
Serangan Arsenal keseluruhan |
Alexis' goal v Sunderland with the full build-up. 21 passes pic.twitter.com/uxy3e75NHH— Terje (@AFCTerje) October 29, 2016
Fakta-fakta Lain
Ramsey - memerlukan seminit selepas dimasukkan untuk menghasilkan Assist buat Sanchez menjaringkan gol kedua beliau.
Giroud - telah berjaya menjaringkan 16 gol sebagai pemain gantian.
Giroud - sentuhan pertama malam ini mengjaringkan gol.
Giroud - sentuhan kedua malam ini juga menjaringkan gol.
Sanchez - telah berjaya menjaringkan 50 gol buat Arsenal dalam semua pertandingan dan 29 assist (106 kemunculan bersama Arsenal)
Ozil - berjaya menghasilkan assist pertama beliau dalam liga untuk 20 perlawanan terakhir liga beliau.
Match Highlights.
Apa kata Arsene Wenger.
"Ia adalah satu ujian mental buat kami ketika kedudukan 1-1. Kami terlepas banyak peluang dan saya bimbang kerana kita boleh mengalami kekalahan tetapi kami telah menunjukkan kekuatan untuk bangkit semula."Dalam Liga Perdana Inggeris di 1-1 anda boleh kehilangan permainan tetapi ia adalah mengenai bagaimana kita bertindak balas. Adakah kita panik, berputus asa? Kami memberi respon balas dengan baik dan pada akhirnya ia adalah kemenangan yang selesa.
"Ia adalah keputusan yang penting bagi kami. Kami mencapai enam kemenangan kemudian satu seri ditempat sendiri dan jika seri yang kedua atau kekalahan akan membuatkan kami semakin ketinggalan."