Siapakah 8 bintang Arsenal yang meninggalkan Arsenal demi mencari kejayaan bersama kelab lain?
Setiap kali menjelang musim perpindahan atau penghujung musim, kita selaku penyokong dan peminat Arsenal pasti teruja dengan gosip dan rumors yang mengaitkan Arsenal dengan beberapa nama besar bola sepak dunia bakal menyertai The Gunners.
Namun kita sering kali dikecewakan dengan rumors tersebut malahan terpaksa meng'google' siapakah yang dibeli dan dibawa masuk oleh Wenger menyertai Arsenal.
Lebih memilukan lagi dimana pemain Arsenal yang meninggalkan pasukan dengan menyertai pasukan lain kononnya demi mengejar gelaran 'juara' dan kewangan.
Paling memilukan dan menguris perasaan apabila melihat pemain kesayangan pada ketika (bersama Arsenal) menyertai pasukan rival.
Berikut disenaraikan lapan bekas pemain 'bintang' Arsenal yang telah meninggalkan Arsenal demi memburu kejuaraan dengan menyertai pasukan lain.
8. Emmanuel Adebayor ke Man. City.
Yuran perpindahan: £25m
Man City honours: 0
Dibawa ke Arsenal dari kelab Monaco oleh Arsene Wenger, Emmanuel Adebayor seorang pemain yang boleh dikatakan tidak menunjukkan atau tidak mementingkan hal kesetiaan terhadap kelab.
Kelab | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
2003-2006 : AS Monaco | 109 | 26 | 7 |
2006-2009 : Arsenal | 142 | 62 | 22 |
2009-2012 : Man. City | 45 | 19 | 6 |
2011 - Real Madrid (loan) | 22 | 8 | 0 |
2011-2015 : Tottenham Hotspur (loan + permenant) | 113 | 42 | 20 |
2016 : Crystal Palace | 15 | 1 | 1 |
2017 : İstanbul Başakşehir | 16 | 7 | 2 |
Adebayor bermula dengan baik pada musim pertama bersama Man.City dengan menjaringkan 14 gol dalam 31 penampilan tetapi memasukki penggal kedua, beliau hanya berjaya menjaringkan satu gol dengan lapan penampilan didalam perlawanan liga. Kemudian beliau dipinjamkan ke Real Madrid dan seterusnya pada tahun 2016 beliau bersama Crystal Palace dan kini bersama İstanbul Başakşehir.
7. William Gallas ke Tottenham.
Yuran perpindahan : Percuma.
Tottenham honours: 0
Gallas melengkapkan penyertaan bersama 3 kelab yang "bermusuhan" di London dengan menyertai ketiga-tiga kelab tersebut iaitu Tottenham, Arsenal dan Chelsea. Beliau juga menjadi kapten Tottenham ketika Tottenham mencatat kemenangan 3-2 ke atas Arsenal di Emirates. Bersara pada tahun 2014 dengan kelab terakhir yang diwakilinya adalah Perth Glory.
6. Gael Clichy ke Man. City
Yuran perpindahan: £6.59m
Man City honours:
Premier League: 2012, 2014
Football League Cup: 2014, 2016
FA Community Shield: 2012
Perpindahan ke Etihad ketika itu dikatakan peluang terbaik beliau untuk membuktikan keupayaan beliau bersama kelab yang mempunyai matlamat yang tinggi dengan menafikan kebolehan kelab Arsenal.
Kelab | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
2003-2011 : Arsenal | 258 | 2 | 11 |
2011 - sekarang : Man.City | 203 | 3 | 14 |
Walaupun beliau merupakan sebahagian daripada ahli skuad yang memenangi kejuaran bersama City, namun prestasi beliau sentiasa dipersoalkan dan tidaklah begitu kosisten bersama kelab tersebut.
5. Kolo Toure ke Man. City.
Yuran perpindahan : £14m
Man City honours:
Premier League: 2012
FA Cup: 2011
Community Shield: 2012
Kolo... Kolo Kolo... Kolo Kolo...Toure... meninggalkan Arsenal pada usia 28 dengan baki kontrak bersama Arsenal masih mempunyai tempoh dua tahun lagi.
Kelab | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
2002-2009 : Arsenal | 324 | 14 | 9 |
2009-2013 : Man.City | 103 | 2 | 1 |
2013-2016 : Liverpool | 71 | 1 | 3 |
2016 - Celtic | 20 | 0 | 0 |
Semasa berada bersama Man. City beliau dilantik menjadi kapten oleh Mark Hughes sebelum Roberto Mancini mengambil alih Man.City dan memberikan tugas kapten kepada Carlos Tevez. Berusia 35 tahun sekarang dan masih bermain bolasepak bersama kelab Celtic FC yang muncul juara Liga Scotland baru-baru ini.
4. Bacary Sagna ke Man. City.

Yuran perpindahan : Percuma
Man City honours:
Football League Cup: 2016
Ketika musim pertama Sagna bersama Man.City beliau lebih banyak berada di bangku simpanan dan kehilangan posisi kepada Pablo Zabaleta yang boleh bermain pada dua posisi (pertahanan kanan dan diri).
Football League Cup: 2016
Ketika musim pertama Sagna bersama Man.City beliau lebih banyak berada di bangku simpanan dan kehilangan posisi kepada Pablo Zabaleta yang boleh bermain pada dua posisi (pertahanan kanan dan diri).
Kelab | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
2007-2014 : Arsenal | 285 | 5 | 28 |
2014 - sekarang : Man.City | 86 | 0 | 5 |
Masih bermain untuk pasukan Man.City walaupun dapat dilihat penurunan prestasi beliau namun tetap diberi kepercayaan oleh Pellegrini dan Guardiola.
3. Robin van Persie ke Man. Utd.

Yuran Perpindahan : £24.5m
Man Utd honours:
Premier League: 2013
Community Shield: 2013
Perpindahan yang mencetuskan kontroversi apabila Van Persie menyertai Man.United pada tahun 2012. Dikatakan bosan bersama Arsenal yang gagal meraih sebarang kejuaraan akhirnya bertindak meninggalkan Arsenal dan menyertai Man.United pada tahun 2012.
Bersama Man.United, Van Persie berjaya merangkul dua kejuaraan dengan musim pertama beliau bersama kelab itu telah berjaya merangkul kejuaraan liga (Juara Liga Perdana) diikuti Piala Perisai (Community Shield).
Bersama Man.United, Van Persie berjaya merangkul dua kejuaraan dengan musim pertama beliau bersama kelab itu telah berjaya merangkul kejuaraan liga (Juara Liga Perdana) diikuti Piala Perisai (Community Shield).
Kelab | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
2004-2012 : Arsenal | 276 | 131 | 55 |
2012-2015 : Man.United | 105 | 58 | 21 |
2015- : Fenerbahce | 87 | 40 | 8 |
Musim pertama yang boleh dikatakan cemerlang bersama Man.United dibawah Furguson akhirnya malang menimpa beliau apabila Man.United dikendalikan oleh David Moyes. Kini pada usia 33 tahun Van Persie dan bermain untuk kelab Turki, Fenerbahce.
2. Samir Nasri ke Man. City.
Yuran Perpindahan: £25m
Man City honours:
Premier League: 2012, 2014
Community Shield: 2012
League Cup: 2014
Permata dari Marseille yang dibawa masuk ke Arsenal oleh Arsene Wenger, beliau akhirnya meninggalkan Arsenal setelah menghabiskan 3 musim bersama Arsenal. Menyertai Arsenal dengan kontrak selama 4 tahun pada tahun 2008 daripada Marseille.
Kelab | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
2004–2008 : Marseille | 152 | 12 | 25 |
2008–2011 : Arsenal | 136 | 27 | 17 |
2011–Manchester City | 176 | 27 | 40 |
2016– Sevilla (loan) | 30 | 3 | 3 |
Pada usia kini 29 tahun, beliau kini bermain bersama kelab Sevilla selepas kembali beraksi selepas mengalami kecederaan yang menyaksikan beliau berehat selama 4-5 bulan pada musim 2015/2016. Pada 31 August 2016, Nasri telah dipinjamkan kepada kelab Sepanyol, Sevilla untuk tempoh satu musim yang berakhir pada 30 Jun 2017.
1. Ashley Cole ke Chelsea.
Yuran Perpindahan : £5m+Gallas
Chelsea Honours:
Premier League: 2010
FA Cup: 2007, 2009, 2010, 2012
League Cup: 2007
Community Shield: 2009
UCL: 2012
UEL: 2013
Bintang sensasi Arsenal yang menyertai Chelsea pada 31 August 2006.
Pada 28 Julai 2006, Naib Pengerusi Arsenal David Dein mengesahkan bahawa Arsenal dan Chelsea telah mengadakan rundingan "civil talks" mengenai Ashley Cole.
Didalam rundingan itu pihak Chelsea telah menengaskan dan berkeras bahawa mereka tidak akan meningkatkan tawaran sebanyak £16 juta mereka untuk Cole, tetapi Arsenal tetap bertegas untuk melepaskan Cole pada harga yang lebih tinggi iaitu sekurang-kurangnya £25 juta.
Rundingan mengenai pemain ini diteruskan sepanjang bulan Ogos dan menghampiri jalan buntu, namun akhirnya Cole menyertai Chelsea pada 31 Ogos dengan bayaran (yuran perpindahan) sebanyak £ 5 juta bersama William Gallas sebagai pertukaran pemain yang dimasukan dalam sebahagian daripada perjanjian perpindahan Cole.
Kelab | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
1999–2006: Arsenal | 219 | 9 | 15 |
2006–2014: Chelsea | 337 | 7 | 38 |
2014–2016: Roma | 16 | 0 | 0 |
2016 –LA Galaxy | 42 | 1 | 1 |
Perpindahan ini telah menimbulkan kemarahan penyokong Arsenal terhadap Cole dan menggelarkan Cole dengan panggilan 'Cashley'. Pada perlawanan (10 Disember 2006) yang menemukan kedua-dua pasukan ini, penyokong Arsenal telah melambai-lambaikan duit palsu £20 dengan paparan muka Cole pada note duit tersebut disamping menyanyikan ataupun 'chant' Cole dengan gelaran Cashley.
Cole merupakan sebahagian daripada skuad Arsenal yang menjulang kejuaraan liga 'Invincibles'. Namun beliau rela untuk tidak meletakkan nama beliau dalam buku kejayaan Arsenal bergelar Juara Liga Invincibles kerana merasakan itu adalah tindakan terbaik beliau bagi menjaga hati dan perasaan penyokong Arsenal yang tidak menggemari beliau.
Pada usia 35 tahun sekarang, beliau bermain untuk kelab LA Galaxy.
Pada usia 35 tahun sekarang, beliau bermain untuk kelab LA Galaxy.