Bekas pemain Arsenal saran jual Sanchez ke Man.City dengan pertukaran pemain.

Sanchez kini dikaitkan bakal menyertai City. Kredit gambar : Telegraph.
Khabar angin yang mengaitkan pemain sensasi Arsenal, Alexis Sanchez yang bakal meninggalkan pasukan pada musim depan terus hangat diperkatakan.

Selepas dikatakan Bayern Munich telah mencapai persetujuan dengan tuntutan gaji yang diminta oleh Sanchez, pemain ini turut dikaitkan dengan Manchester City selain PSG dan juga Chelsea.

Namun, pemain yang berjaya menjaringkan 24 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lepas dikatakan menjadi sasaran Pep Guardiola bagi menguatkan skuad beliau musim depan.

Guardiola yang membimbing City juga merupakan bekas pengurus Barcelona yang bertanggungjawab membawa Sanchez menyertai kelab itu pada tahun 2011 daripada kelab Itali, Udinese dan beliau sekali lagi berharap dapat membawa Sanchez menyertai skuad beliau musim hadapan bersama City.

Guardiola dikatakan berminat membawa Sanchez ke Man.City musim depan. Kredit gambar : mcfcwatch
Sanchez menjaringkan 47 gol dalam 141 penampilan bersama Barcelona sebelum dijual kepada Arsenal pada tahun 2014 setelah ketibaan Luis Suarez pada tahun itu.

Beliau yang hanya tinggal setahun lagi kontrak bersama Arsenal dan Wenger dikatakan tidak mahu melepaskan pemain tersebut serta masih mengharapkan khidmat pemain kebangsaan Chile itu pada musim depan.

Wenger turut dikatakan masih berunding bersama Sanchez mengenai tawaran kontrak baru yang masih menemui jalan buntu.

Dilaporkan juga Arsenal mengalami kesukaran untuk memenuhi tuntutan gaji daripada Sanchez selain kedudukan Arsenal yang gagal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan menjadi punca mengapa Sanchez dikatakan masih melengahkan masa mengenai tawaran kontrak bersama Arsenal.

Laporan sebelum ini mengatakan dimana Wenger tidak berhajat melepaskan mana-mana pemain utama beliau lebih-lebih kepada pasukan rival didalam saingan liga perdana.

Menurut bekas pemain Arsenal dan juga pundit terkenal di Sky Sports, , Paul Merson , beliau merasakan Arsenal patut menjual Alexis Sanchez kepada Man. City dengan Sergio Aguero sebagai pertukaran pemain ataupun sebahagian daripada syarat pertukaran/pembelian pemain tersebut.

Jual Sanchez, ambil Aguero.
Menurut laporan, Guardiola dikatakan tidak begitu meminati penyerang Argentina itu dan lebih menyukai atau menggunakan Gabriel Jesus pada bahagian serangan dan ini memberikan satu kelebihan buat Arsenal bagi mengisi pemain pada bahagian serangan semenjak ketiadaan Robin van Persie pada tahun 2012.

Beliau juga dalam laporan Independent, menyatakan bahawa Arsenal perlu menyelesai segera masalah pada bahagian tengah dengan terutama isu berkaitan dengan Sanchez setelah dirasakan Mesut Ozil bakal kekal bersama Arsenal musim depan.

"We need a solution to Alexis Sanchez and Mesut Ozil now. I think Ozil will stay but Sanchez will probably go and losing 30 goals is really damaging."

Paul Merson, bekas pemain Arsenal yang kini menjadi pundit bersama Sky Sports.
Adakah anda semua bersetuju dengan pendapat bekas pemain Arsenal ini yang membuat 327 penampilan serta 78 gol bersama pasukan The Gunners pada tahun 1985 sehingga tahun 1997?

Dan adakah kita semua sanggup melihat Sanchez menyertai Man.City sebagaimana Gael Clichy, Samir Nasri, Emmanuel Adebayor dan Bacary Sagna yang pernah meninggalkan Arsenal demi menyertai City?

Post a Comment

Previous Post Next Post