Adakah kita bakal menyaksikan Mbappe di Arsenal musim depan?

Mampukah kita melihat Mbappe bersama Arsenal musim depan? Kredit gambar: Dreamteam
Laporan terbaru menyatakan bahawa Arsene Wenger telah menasihati pemain sensasi Monaco masa kini, Kylian Mbappe mengenai hala tuju pemain tersebut.

Laporan Mirror mendedahkan Wenger telah menasihati beliau untuk menyertai kelab yang mampu memberikan beliau peluang bermain lebih banyak secara tetap (kesebelasan utama).

Mbappe yang dinilai Wenger sebanyak £100juta sehinggakan pengurus itu sanggup membida kali kedua pemain tersebut selepas tawaran kali pertama berjumlah £87juta ditolak Monaco dilaporkan berada di Perancis bersama Ivan Gazidis.

Jika mengambil serius laporan ini dan Wenger benar-benar mahukan pemain tersebut bersama Arsenal, boleh dikatakan bahawa Mbappe bakal menjadi penyerang utama (tetap) dalam kesebelasan utama Wenger musim depan.

Beli £100juta bukan untuk berada dibangku simpanan.
Nasihat yang sama dikeluarkan oleh Wenger dan Deschamps kepada Mbappe.

Beli mahal-mahal takkan nak letak kat bench je. Kredit gambar : Paultan
Wenger dalam satu temuramah bersama beIN Sports menjelaskan dimana beliau telah menyokong kenyataan yang dibuat oleh pengurus Perancis, Didier Deschamps menasihati Mbappe supaya membuat keputusan yang betul dengan menyertai kelab yang mampu memberikan tempat dalam kesebelasan utama serta mampu membentuk kariernya.

“Where do you think he might finish? Somewhere where he has a good chance to play and is sure to play. That is why I think Deschamps made that statement.

“He thinks that he needs to play but I would say as well on the other hand that the boy has made enough impression to be basically sure a club who spends a 100 million for you is basically to make at the start at least the red carpet.

“Nobody will buy a player for a 100 million and say, "Come on, sit in the stands."
Red Carpet untuk Mbappe jika menyertai Arsenal. Kredit gambar: Youtube
Kelebihan Arsenal
Mbappe yang menarik minat pasukan lain seperti Real Madrid, Manchester City dan Paris Saint Germain untuk mendapatkan khidmat beliau, namun kelebihan dikatakan berpihak kepada Arsenal.

Selain daripada Arsenal yang dikatakan kelab diminati beliau semenjak kecil, beliau juga dikatakan mahu mengikuti jejak langkah menjadi lagenda seperti Thierry Henry namun mengikut cara beliau.

Walaupun Real Madrid dan Manchester City dilaporkan telah membuat bidaan yang lebih tinggi berbanding Arsenal, namun kelebihan dikatakan lebih memihak kepada Arsenal kerana dilaporkan Arsenal dalam tawaran terhadap Monaco menawarkan bayaran pendahuluan yang tinggi.

Dengan Real Madrid dikatakan bakal membuat bidaan tertinggi dengan menawarkan £117juta bagi mendapatkan Mbappe namun jumlah bayaran itu bagaimanapun dilakukan dalam bentuk 'installment' berbanding Arsenal yang menawarkan bayaran pendahuluan tertinggi daripada pencabar lain dengan £50juta bayaran pendahuluan dan selebihnya adalah dalam bentuk 'installment'.

Generasi Baru Ballon d’Or
Menurut Wenger lagi, era Messi dan Ronaldo bakal berakhir dengan Neymar dan Griezmann berpeluang memenangi anugerah yang pernah dipertikaikan beliau selama ini itu Ballon d’Or.

Mbappe - generasi baru Messi dan Ronaldo menurut Wenger. Kredit gambar : Yahoo Sports
Wenger percaya bahawa Mbappe bakal memenangi anugerah tersebut dalam beberapa musim lagi dan percaya dengan bakat yang dimilikki pemain itu mampu menjadi generasi baru Messi dan Ronaldo.

Mbappe yang berusia 18 tahun ini menurut Wenger masih memerlukan sedikit masa untuk menjadi pemain yang matang dan dengan menyertai sebuah kelab yang mampu membentuk karier beliau adalah penting ketika ini.

Berbaloikah £100juta?
Persoalan hangat dikalangan peminat dan penyokong Arsenal mengenai nilai tawaran Arsenal terhadap Mbappe.

Sudah menjadi kebiasaan Wenger dalam berbelanja bagi urusan pembelian pemain dan jarang sekali kita dengar Wenger menilai pemain dengan nilai yang begitu tinggi namun tidak untuk kali ini.

Pada musim lepas, Wenger telah membelanjakan hampir £100juta bagi pembelian pemain untuk mengisi posisi dibahagian serangan,tengah dan pertahanan dengan membelanjakan  £17juta bagi penyerang, £35juta bagi pertahanan dan £40juta bagi pemain tengah.

Sead Kolasinac dijangka bakal diumumkan oleh Arsenal sebagai pemain baru dalam masa terdekat. Kredit gambar : Mirror

Dengan kemasukkan  Sead Kolasinac tanpa sebarang bayaran perpindahan, Wenger telah hampir melengkapkan posisi pertahanan dan pengumuman mengenai pemain pertama yang ditandatangani Arsenal bagi musim depan dikatakan bakal dilakukan dalam masa terdekat.

Jadi persoalan berbaloikah £100juta bagi pembelian Mbappe ini sudah tentu ianya adalah berbaloi dan dianggap satu pelaburan jangka masa panjang.

Dan kemungkinan kita hanya melihat Mbappe dan Kolasinac yang menyertai Arsenal pada jendela perpindahan ini.

Namun tidak mustahil juga untuk kita melihat kemasukan pemain lain hanya jika Wenger menjual beberapa pemain sedia ada sekarang.

Bukan persoalan nilai ataupun kos bagi individu (pemain) yang menjadi perkiraan buat kelab seperti Arsenal, ianya adalah nilai serta kos keseluruhan bagi jendela perpindahan musim panas.

Video Mbappe :  Crazy Skills Show, Tricks, Passes and Goals 

Post a Comment

Previous Post Next Post