Lucas Podolski - The Flying German

Lukas Podolski. Kredit gambar : AFP
Seorang lagi bekas pemain Arsenal yang berkongsi tarikh ulangtahun kelahiran yang sama dengan Emmanuel Eboué iaitu pada 4 Jun.

Lucas Podolski yang berusia 31 tahun pernah bermain bersama Arsenal lebih kurang tiga musim sebelum dipinjamkan kepada Inter Milan pada Januari 2015.

The Flying German
Podolski yang lebih dikenali dengan panggilan Poldi menyertai Arsenal daripada kelab Jeman, 1. FC Köln pada 1 Julai 2012 dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Beliau kemudiannya dilepaskan Arsenal setelah menghabiskan tempoh pinjaman bersama Inter Milan dan menyertai kelab Turki, Galatasaray pada musim panas 2015.

Badi Jersi No 9
Memakai jersi nombor sembilan yang diwarisi daripada Park Chu-Young, beliau pada musim pertama dilihat penjaring gol utama Arsenal dengan bergandingan bersama seorang lagi pemain baru yang menyertai Arsenal, Olivier Giroud yang dibawa masuk daripada kelab Montpellier HSC.

Menamatkan musim pertama beliau bersama Arsenal dengan 16 gol berjaya dijaringkan serta 11 bantuan gol (assists) dicipta.

Dengan kemasukan rakan sengara dan juga merupakan rakan sepasukan bagi pasukan kebangsaan Jerman, Mesut Özil pada musim kedua bersama Arsenal, prestasi beliau mula merosot ditambah dengan masalah kecederaan yang dialami beliau ketika itu.

Kemasukan Ozil juga menyaksikan perubahan formasi dan dilihat seakan tidak sesuai dengan dirinya. Dengan penampilan yang agak terhad pada musim itu (musim kedua) beliau masih mampu menjaringkan 12 gol untuk Arsenal.

Piala FA 2014
Bekas pemain Bayern Munich dilihat gagal membantu permainan Arsenal dalam perlawanan akhir Piala FA yang menyaksikan Arsenal menang 3-2 keatas Hull City pada Mei 2014.

Beliau hanya beraksi lebih kurang 60 minit sebelum digantikan dengan Yaya Sanogo yang dilihat lebih memberi kesan bersama gandingan Giroud dalam membuka lebih banyak ruang ketika melancarkan serangan.


The Gunners bangkit selepas itu daripada ketingglan 1-2 dengan memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2 dan mengakhiri kemarau trofi sembilan tahun kelab ini.

Kemasukan penyerang kebangsaan Chile dan juga merupakan penyerang Barcelona, Alexis Sanchez serta penyerang kebangsaan England dari Manchester United, Danny Welbeck mengehadkan peluang beliau beraksi dalam kesebelasan utama skuad Arsenal.

Beliau hanya membuat tujuh penampilan liga dimusim terakhir sebelum berpindah ke Inter secara pinjaman pada Januari 2015. Sekaligus menyaksikan beliau terlepas aksi dalam mengekalkan kejuaraan Piala FA pada musim 2014–15 ketika Arsenal menewaskan Aston Villa 4-0.

Aksi Terakhir
Salah satu penampilan terakhirnya untuk Arsenal adalah ketika menentang RSC Anderlecht pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di mana beliau telah dikritik kerana gagal untuk berfungsi dengan baik dalam mengekalkan rentak ketika mendahului kelab Belgium itu 3-0 untuk berakhir dengan keputusan seri 3-3 di Emirates.

Arsenal 3-3 RSC Anderlecht. Kredit gambar : Telegraph
Video perlawanan Arsenal 3-3 RSC Anderlecht yang mana menyaksikan Poldi dikritik hebat selepas perlawanan ini.


Walaupun mengalami masa dan situasi yang bercampur-campur di Emirates, Podolski adalah sebahagian daripada ahli skuad yang memenangi trofi pertama Arsenal sejak tahun 2005 dan juga memenangi Piala Dunia pada musim panas 2014 sebagai pemain Arsenal bersama rakan sepasukan Özil dan Per Mertesacker.

Sepanjang karier beliau bersama Arsenal, Podolski telah menjaringkan 31 gol dalam 82 penampilan untuk kesemua pertandingan.

Trademark - AHA

Gol pilihan terbaik ketika beliau mewakili Arsenal.


Persaraan Peringkat Kebangsaan.
Beliau akhirnya mengumumkan persaraan daripada peringkat kebangsaan pada 22 March 2017.

Aksi terakhir beliau dalam pentas antarabangsa menyaksikan beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan Jerman ketika menewaskan England dalam aksi persahabatan di Signal Iduna Park, Dortmund.

Lebih manis beliau yang menjadi kapten Jerman itu menjaringkan gol kemenangan yang menarik melalui rembatan kaki kirinya.

Aksi terakhir Poldi dalam membantu Jerman menewaskan England 1-0.


Selamat menyambut hari lahir Poldi! #Aha #COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post