Top 10 pemain percuma dimiliki Arsenal


Senarai Top 10 pemain yang pernah  Arsenal miliki secara percuma sepanjang era Liga Perdana Inggeris.

Arsenal baru sahaja mengumumkan pemain terbaru mereka bagi musim depan, Sead Kolasinac yang ditandatangani secara percuma daripada kelab Schalke 04.

Berikut adalah senarai 10 pemain yang menyertai Arsenal tanpa sebarang bayaran perpindahan.

10. Joe O'Cearuill


Pemain pertahanan ini menyertai Arsenal pada Julai 2006 daripada Watford namun karier beliau bersama Arsenal tidak kekal lama apabila dipinjamkan kepada kelab Brighton & Hove Albion dan tidak lama kemudian beliau akhirnya dilepaskan pada Ogos 2007.

9. Olafur Ingi Skulason

Pemain defensive midfielder ini menyertai Arsenal daripada kelab Fylkir pada tahun 2001. 

Gagal menambat hati Wenger, beliau akhirnya dilepaskan Arsenal pada tahun 2005.

8. Guy Demel

Menyertai Arsenal pada Ogos 2000 dan dibawa masuk oleh Wenger daripada kelab division dua Perancis, Nimes Olympique.

Menghabiskan satu musim bersama Arsenal tanpa sebarang penampilan, beliau kemudiannya menyertai Borussia Dortmund.

7. Guillaume Warmuz

Bekas penjaga gol pasukan Perancis bawah 21 tahun  menyertai Arsenal pada Januari 2003 juga gagal membuat sebarang penampilan kompetitif bersama kelab ini dan akhirnya meninggalkan Arsenal tujuh bulan selepas itu.

6. Danny Karbassiyoon

Menyertai Arsenal pada tahun 2003 daripada kelab amatur Roanoke Star, Amerika Syarikat sebagai penyerang namun akhirnya beraksi sebagai pemain pertahanan bersama Arsenal.

Karier beliau selaku pemain bola sepak tidak bertahan lama apabila mengalami kecederaan yang memaksa beliau bersara pada usia 22 tahun.

Kini beliau menjadi scout bagi Arsenal dan beliaulah individu yang membawa masuk pemain seperti Gedion Zelalem dan Joel Campbell ke Arsenal.

5. Mart Poom

Menyertai Arsenal secara pinjaman daripada Sunderland pada Ogos 2005, beliau akhirnya menyertai kelab ini secara kekal beberapa bulan selepas itu.

Hanya membuat satu penampilan bersama Arsenal pada musim 2006/07 dengan berjaya mencipta clean sheet dalam pertemuan menentang Portsmouth yang berkesudahan seri 0-0.

4. Yaya Sanogo

Menyertai Arsenal pada tahun 2013 daripada kelab Perancis, Auxerre. Beliau yang sentiasa menjaringkan gol bersama skuad remaja Perancis dikatakan bakal 'meletup' bersama Arsenal namun dengan prestasi yang tidak menentu dan ditambah dengan faktor kecederaan beliau akhirnya dipinjamkan kepada Crystal Palace, Ajax dan Charlton Athletic.

Dilaporkan bakal meninggalkan Arsenal selepas berakhirnya kontrak beliau bersama Arsenal (dilepaskan pada Julai 2017).

3. Marouane Chamakh


Menyertai Arsenal daripada kelab Bordeaux pada tahun Mei 2010, beliau membuat 40 penampilan dengan lapan gol berjaya dijaringkan beliau.

Kegagalan bermain secara kosisten membuatkan beliau akhirnya dipinjamkan kepada West Ham United pada Januari 2013.

Pada 10 August 2013, beliau secara sah telah menyertai kelab Crystal Palace dan dilaporkan dilepaskan Arsenal secara percuma.

2. Mathieu Flamini

Menyertai Arsenal sebanyak dua kali dan merupakan raja perpindahan percuma dimana beliau sebanyak sempat kali telah menyertai pasukan berlainan selepas berakhirnya kontrak beliau.

Kali pertama menyertai Arsenal pada tahun 2004 selepas menolak tawaran Olympique de Marseille beliau menyertai Arsenal secara percuma. Selepas empat tahun bersama Arsenal, beliau menyertai AC Milan selepas kontrak berakhir (juga secara percuma).

Selepas berakhirnya kontrak beliau bersama AC Milan, beliau sekali lagi menyertai Arsenal juga secara percuma pada tahun 2013.

Pada tahun 2016 ( September) beliau menyertai Crystal Palace secara percuma.

Daripada Marseille ke Arsenal (percuma), Arsenal ke AC Milan (percuma), AC Milan ke Arsenal (percuma) dan Arsenal ke Crystal Palace (percuma). Sememangnya layak digelar king of the free transfer.

1. Sol Campbell

Perpindahan percuma yang paling berjaya dalam sejarah Arsenal setakat ini. 

Selain berjaya mencuri kapten Spurs ini secara percuma, Sol Campbell juga berjaya mempamerkan aksi yang cukup gemilang dan berjaya bersama Arsenal.

Pertahanan kental ini akhirnya dilepaskan setelah mencapai persetujuan bersama diantara beliau dengan Arsenal pada Julai 2006. 

Seperti Flamini, Campbell menyertai Arsenal secara percuma sebanyak dua kali dan beliau kembali menyertai Arsenal Januari 2010 untuk tempoh yang singkat.

Dengan kecederaan yang dialami oleh Thomas Vermaelen dan William Gallas, beliau menjadi pemain pilihan Wenger sehingga ke akhir musim untuk mengemudi barisan pertahanan pada musim itu.

Beliau akhirnya mengumumkan persaraan pada Mei 2012 selepas berakhirnya kontrak beliau bersama Newcastle yang disertainya pada Julai 2010.

Post a Comment

Previous Post Next Post