Alex Oxlade-Chamberlain mahu tinggalkan Arsenal.

Chamberlain dikatakan kecewa dengan Arsenal yang masih gagal membuat tawaran kontrak baru terhadapnya.

Masa depan Alex Oxlade-Chamberlain bersama Arsenal masih menjadi tanda tanya dengan kontrak beliau hanya tinggal setahun lagi bersama pasukan ini dan menurut laporan terkini,pihak Arsenal masih belum membuat sebarang tawaran bagi memperbaharui kontrak beliau. 

Chamberlain yang sedang bercuti dilaporkan kecewa dengan tindakan Arsenal yang dikatakan tidak mengambil serius soal kontrak beliau sedangkan sebelum ini Arsene Wenger berulang kali menegaskan kepentingan untuk menyambung kontrak beliau.

Mengikut laporan, Wenger dikatakan bakal menawarkan kontrak baru kepada beliau pada penghujung musim lalu dengan gaji bernilai £100,000 seminggu namun sehingga kini masih tiada tawaran rasmi dibuat terhadap beliau.

Memetik laporan Metro, Chamberlain dikatakan mahu meninggalkan Arsenal dengan Liverpool dikatakan bersedia untuk membuat tawaran terhadap pemain ini.

Alex Oxlade-Chamberlain wants to leave Arsenal as Liverpool prepare bid

Laporan daripada The Sunday Times juga mengatakan bahawa pemain berusia 23 tahun itu telah mempertimbangkan masa depannya semasa cuti pra musimnya dan percaya bahawa perpindahan (meninggalkan Arsenal) akan memberi manfaat kepada kemajuannya karier bola sepak beliau.

Selain Liverpool pemain ini turut dikaitkan dengan pasukan Chelsea dan Manchester City, namun Jurgen Klopp dikatakan lebih bersungguh-sungguh bagi mendapatkan pemain ini yang dianggarkan bernilai sekitar £25 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post