Posisi manakah terbaik buat Chamberlain

Posisi manakah terbaik buat Chamberlain bersama Arsenal?
Alex Oxlade-Chamberlain, 23 tahun yang juga pemain kebangsaan England dikatakan masih bergelut dengan posisi beliau bersama Arsenal ketika ini.

Dengan perubahan formasi yang dilakukan Wenger ketika ini, beliau diletakkan selaku pemain pertahanan dan sayap kanan (RWB).

Sebelum ini beliau banyak bermain pada posisi sayap kanan, sayap kiri dan juga pemain tengah bersama Arsenal dan ketika mewakili England, beliau lebih banyak bermain selaku pemain tengah (CM).

Jadi possi manakah sepatutnya beliau bermain bagi mendapatkan hasil terbaik daripada beliau?
Danny Welbeck yang merupakan rakan sepasukan beliau bersama Arsenal dan juga England baru-baru ini mendedahkan dimana posisi terbaik buat Chamberlain adalah pada posisi tengah (CM). 

'He's so powerful and quick with the ball. He's got an eye for a pass too, so it's centre of midfield for me.' - reaksi Welbeck terhadap posisi Chamberlain.

Welbeck percaya bahawa rakan sepasukan beliau bersama Arsenal dan England paling efektif apabila diletakkan pada posisi central midfield dengan menjelaskan dimana Chamberlain mempunyai kualiti dan kebolehan menghantar bola yang baik.

'With the quality he has and with his ability on the ball, I'd say centre mid,' Welbeck told Arsenal Player. 

'I feel like he's got the ability. I like it when he gets the ball in central mid, he knows that I can run in behind and he can play the ball over the top.

'He's got that in his locker and that's something that if we're in training, we look forward to doing… if he stands somebody up in the centre of midfield and goes past them, they're not getting the ball back.

'He's so powerful and quick with the ball. He's got an eye for a pass too, so it's centre of midfield for me.'

Chamberlain belum lagi mampu bermain pada posisi tetap dalam pasukan Arsenal semenjak beliau menyertai pasukan ini daripada Southampton pada tahun 2011 dan selama enam musim bersama Arsenal, beliau telah bermain dalam pelbagai posisi.

Berbalik kepada persoalan posisi manakah yang terbaik buat Chamberlain.

Mengikut statistik daripada WhoScored, aksi Chamberlain lebih efektif pada posisi AML namun untuk menilai beliau pada posisi MC agak sukar kerana hanya satu perlawanan sahaja yang direkodkan.

Position Apps Goals Assists Rating
Sub (Substitute) 16 1 2 6.59
AML (Attacking Midfielder Left) 8 2 3 7.68
MR (Midfielder Right) 4 0 2 6.94
AMR (Attacking Midfielder Right) 4 0 1 6.79
DMC (Defensive Midfielder (C)) 3 0 0 7.31
MC (Midfielder Centre) 1 0 0 7.48

Posisi Chamberlain dalam biodata yang banyak dikeluarkan menyatakan kekuatan beliau pada posisi sayap kanan dan mampu bermain pada posisi sayap kiri serta tengah. 

Rekod Chamberlain dalam saingan musim lalu bersama Arsenal:

Posisi Penampilan Gol Assist
Right Midfield 17 2 5
Left Midfield 11 3 3
Central Midfield 7 - 1
Left Wing 2 - -
Right-Back 2 - 1
Right Wing 2 1 1
Attacking Midfield 1 - -
Defensive Midfield 1 - -
Jumlah 43 6 11

Dimanakah anda rasa posisi terbaik buat Chamberlain?
Chamberlain dikatakan mahu beraksi pada posisi tengah dan ini juga dikaitkan dengan perpindahan beliau ke Liverpool ketika ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post