Tony Adam. Kredit gambar: Zahabesha
Tony Adams dakwa Arsenal telah menolak cadangan beliau untuk menandatangani Eric Dier pada tahun 2012.

Beliau yang ketika ini kerap dan lantang bersuara terutama dalam mengkritik Arsene Wenger telah membuat pendedahan mengenai Arsenal telah menolak cadangan beliau untuk menandatangi pemain sasaran Manchester United mengikut laporan media UK.

Erik Dier. Kredit gambar : Sky Sports
Eric Dier, 23 tahun menyertai Tottenham pada musim panas 2014 dengan harga sekitar £4juta daripada kelab Sporting Lisbon dan kini merupakan antara pemain utama dalam skuad bimbingan Mauricio Pochettino.

Pemain antarabangsa England itu pada awalnya bermain pada posisi pertahanan, namun pada musim 2015/16 beliau sering digunakan di bahagian tengah (defensive midfielder) berpasangan dengan Mousa Dembélé.

Pada musim 2016/17 beliau kembali kepada posisi asal beliau pada bahagian pertahanan dan dilaporkan telah menjadi pemain sasaran Manchester United dengan tawaran sekitar £40juta. 

Menurut Adams, Arsenal telah menolak cadangan beliau kepada kelab itu supaya menandatangani pemain berusia 23 tahun ini pada tahun lima tahun dahulu.

“I recommended Eric Dier to Arsenal,” Adams told The Times. “I did the England Under-19s with Blakey [Noel Blake] in 2012, and phoned [Arsenal scout] Steve Rowley and said, ‘Dier’s head and shoulders above any English player in this camp. Do it now. €5million (£4.3m)'.- Metro UK

Namun Arsenal telah menolak peluang untuk mendapatkan pemain tersebut dengan nilai €5juta (£4juta) sebaliknya kelab itu menandatangani Calum Chambers dengan harga £17juta.

Tony Adams claims he told Arsenal to sign Eric Dier for £4million - but club scout thought he was "one-paced" - Metro UK
Calum Chamber bersama Middlesbrough. Kredit gambar : 90min
Calum Chambers menyertai Arsenal pada musim yang sama dimana Dier menyertai Spurs (pada tahun 2014). Dua musim pertama beliau bersama Arsenal, Chambers telah membuat 36 penampilan dengan 2 gol berjaya dijaringkan beliau. 

Namun pada musim 2016/17, beliau telah dipinjamkan kepada kelab Middlesbrough untuk tempoh satu musim. Beliau sempat beraksi pada perlawanan pembukaan Liga Inggeris diantara Arsenal menentang Liverpool yang berkesudahan Arsenal tewas 3-4.

Menjadi persoalan adakah Eric Dier benar-benar bernilai £40juta? Dan terdapat juga laporan menyatakan Manchester United berminat mendapatkan beliau dengan nilai tawaran berjumlah £50juta.

Dan adakah pembelian Calum Chambers merupakan satu kesilapan dengan harga  £17juta walaupun beliau dipinjamkan musim lalu?.

Dier vs Chambers.

Berikut adalah 'performance score' hasil rujukan Squawka.

Namun agak sukar untuk membandingkan performance kedua-dua pemain ini memandangkan Squawka meletakkan Eric Dier pada pemain tengah.

Dan rating yang lebih baik menjadi milik Eric Dier.


Performance score Eric Dier.
Performance score Calum Chambers
Manakala rujukan yang dibuat berdasarkan data Who Scored pula lebih memihak kepada Calum Chambers.



Eric Dier
Position Apps Goals Assists Rating
DC (Defender Centre) 29 1 1 6.87
DMC (Defensive Midfielder (C)) 12 1 0 7
MC (Midfielder Centre) 4 1 0 7.06
Sub (Substitute) 2 0 0 6.21

Calum Chambers
Position Apps Goals Assists Rating
DC (Defender Centre) 20 2 0 6.99
DR (Defender Right) 5 0 1 7.4

Sedikit info ringkas mengenai Tony Adams, beliau telah dilantik menjadi pengendali pasukan kelab dari Sepanyol, Granada bagi membimbing tujuh perlawanan terakhir kelab itu dalam saingan La Liga.

Rekod perlawanan kesemua tujuh perlawanan terakhir Granada dibawah kendalian beliau berakhir dengan kekalahan dan menamatkan saingan La Liga ditempat terakhir liga (kedudukan ke 20 liga).

Empat kekalahan ditempat sendiri dan tiga kekalahan ditempat lawan.

Ketika beliau dilantik menjadi pengendali Granada, pasukan ini berada ditangga kedua terakhir liga (kedudukan ke 19 liga).

Sebelum dilantik menjadi pengendali sementara Granada, beliau menjadi pengurus kepada pasukan Wycombe (November 2003-November 2004), Portsmouth (Oktober 2008-Februari 2009) dan Gabala (Mei 2010- November 2011).

Dan semalam, Granada telah mengumumkan José Luis Oltra sebagai pengurus pasukan yang baru bagi membimbing kelab itu yang beraksi pada division dua Liga Sepanyol musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post