Apa kata Wenger mengenai Sead Kolasinac.

Kredit gambar: Sky Sports
Pemain berusia 23 tahun ini tiba di Emirates selepas lima musim bersama kelab Bundesliga, Schalke dan Wenger mendedahkan mengapa beliau memilih Kolasinac.

Sead Kolasinac, pemain pertahanan versatile yang baru menyertai Arsenal dan mengikut pengumuman yang dibuat melalui laman rasmi Arsenal, beliau telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama kelab ini (5 tahun).

Beliau mampu beraksi pada posisi pertahanan kiri (LB), pertahanan tengah kiri (LWB), pertahanan tengah (CB) dan juga defensive midfielder (DM).

Jika Wenger masih mengekalkan formasi tiga pemain pertahanan (3-4-3), penyertaan Kolasinac dianggap satu yang pilihan yang bijak bagi mengimbangi posisi pertahanan ketika ini.

Dalam satu artikel terbaru, Arsene Wenger telah menjelaskan mengapa Sead Kolasinac sesuai bermain dengan corak bola sepak Inggeris terutamanya bersama Arsenal serta apa yang mampu ditawarkan oleh pemain itu kepada pasukan The Gunners.

Kolasinac menandatangani kontrak bersama Arsenal untuk tempoh 5 tahun. Kredit gambar: Daily Mirror.

Wenger percaya dengan kebolehan menyerang dan bertahan yang dimiliki oleh Kolasinac mampu memberikan kekuatan pada pasukan dalam memberi cabaran pada saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

He’s very compact as a player, very strong and determined in the challenges
Selain kelebihan yang dimiliki diatas, Kolasinac juga menurut Wenger mampu memberi cabaran ketika dalam perebutan diudara.

(Maknanya Kolasinac ni menurut Wenger mempunyai tandukan yang bagus selain keupayaan melompat untuk bersaing dalam perebutan bola tinggi).

Selain itu juga, Kolasinac mampu memberi sumbangan kepada pasukan dalam membantu jentera serangan ketika menyerang kerana memiliki atau mampu membuat hantaran silang yang bagus.

What he will give us is the fact that he’s a player who can give assists, who can go forward, who can contribute good crosses.

Keseluruhannya, Wenger merasakan Kolasinac boleh menyumbang kepada jentera serangan dan membuatkan bahagian serangan pasukan lebih merbahaya.

Pemain ini juga dilaporkan menolak tawaran yang dikemukakan oleh Everton selain menarik minat pasukan lain seperti Chelsea dan AC Milan sebelum menyertai Arsenal.

Pandangan Kolasinac mengenai Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post