Bintang Juventus teruja sertai Arsenal


Bintang Juventus, Mario Lemina mengesahkan beliau berminat mengenai khabar angin yang mengaitkan perpindahan ke Arsenal.

Pemain tengah Juventus, Mario Lemina mengakui bahawa beliau kecewa dengan kurangnya masa bermain beliau bersama dengan juara Serie A dan teruja dengan minat yang dilaporkan dari Arsenal.

Pemain antarabangsa Gabon berusia 23 tahun itu bergelut untuk beraksi dikesebelasan utama skuad kendalian Max Allegri selepas berpindah dari Marseille pada 2015 dan mengakui bahawa beliau perlu mencari pasukan yang mampu memberi peluang bermain lebih kerap kepada beliau.

Lemina teruja dikaitkan dengan Arsenal. Kredit gambar : Juventus.

Pada aksi akhir Liga Juara-Juara Eropah, Lemina hanya berada dibangku simpanan dalam perlawanan yang meyaksikan Juventus tewas kepada Real Madrid sekaligus mengecewakan lagi beliau untuk merangkul kejuaraan terunggul di eropah.

Beliau juga turut dikaitkan dengan perpindahan yang dilaporkan bakal kembali ke kelab lama beliau, Marseille namun menurut laporan Metro, beliau begitu teruja apabila dikaitkan dengan Arsenal.

‘Arsenal? Of course those links flatter me, but personally I’ve never doubted my qualities. I’m at a very big club now but I haven’t been able to show my qualities at that level, so it’s flattering that big clubs are showing up.’

Sambil menolak dakwaan (khabar angin) yang mengaitkan beliau menyertai Lyon sambil menegaskan beliau adalah 100 peratus Marseillais dan tidak mungkin akan menyertai pasukan rival.

Bersama Juve, beliau telah membuat 42 penampilan dengan tiga gol berjaya dijaringkan disamping satu assist dicipta.

Video Mario Lemino

Post a Comment

Previous Post Next Post