Kemanakah Destinasi Bellerin.

Rumors terkini Bellerin dikatakan setuju sertai Barcelona. Kredit gambar: Sky Sports
Ketika kita ghairah mengikuti perkembangan pembelian pemain oleh Wenger, dikatakan Hector Bellerin setuju sertai Barcelona dalam rumors terkini.

Pada 21 November lalu (2016) , Arsenal melalui laman rasminya melaporkan Bellerin telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal untuk tempoh jangka masa yang lama.
Manakala laporan ESPN pula menyatakan beliau telah menandatangani kontrak tersebut buat tempoh enam tahun sambil memetik Bellerin menyatakan Arsenal adalah 'my home'.

Kenyataan itu jelas menunjukan bahawa Bellerin sedia berkhidmat dan bermain dengan Arsenal untuk tempoh sehingga tahun 2022 sekaligus menamatkan spekulasi perpindahan beliau ke Barcelona dan juga Manchester City.

Dalam kita sibuk mengikuti perkembangan pembelian pemain oleh Wenger, timbul laporan yang menyatakan bahawa Bellerin telah membuat keputusan untuk menyertai Barcelona.

Kenyataan itu disokong dengan melihat laporan yang menyebut Barcelona sedia menawarkan tiga pemain kepada Arsenal sebagai pertukaran pemain dalam tawaran mereka mendapatkan Bellerin.

Bellerin buat keputusan sertai Barcelona.
Awal pagi tadi terdapat laporan mengenai Bellerin dikatakan telah mencapai persetujuan bersama Barcelona untuk menyertai pasukan itu musim depan.

Laporan yang dikeluarkan oleh Dream Team FC itu menyebut dimana station radio RAC1 (Sepanyol) telah melaporkan Bellerin akan berbincang bersama Wenger mengenai perpindah beliau ke Barcelona dalam masa terdekat.

Bellerin dikatakan bakal berbincang bersama Wenger dalam masa terdekat mengenai perpindahn beliau ke Barcelona. Kredit gambar: The18
Melalui pendedahan itu, Bellerin mengakui faktor keluarga banyak mempengaruhi beliau. Memandangkan keluarga beliau ketika ini berpindah kembali ke Sepanyol beliau turut merasakan beliau perlu berpindah sambil menegaskan beliau perlu bermain dalam saingan Liga Juara-Juara bagi meningkatkan karier bola sepak beliau.

It’s always been very good in London, my family settled there with me, although now, for family reasons, they have had to return to Barcelona.

I have a tougher time now because I’m a family person, I depend on them a lot, and it’ll be a new challenge to be without them.

Wenger halang Bellerin berpindah.
Empat jam selepas laporan yang mengatakan Bellerin setuju sertai Barcelona, Metro pula melaporkan dimana Wenger akan pastikan Bellerin kekal bersama pasukan Arsenal musim depan.

Arsenal confident Hector Bellerin will stay this summer despite Barcelona interest

Laporan SkySports turut melaporkan perkara yang sama dimana Bellerin akan kekal bersama Arsenal musim depan.

Arsenal 'confident' over Hector Bellerin's future

SkySports turut menyatakan dimana Arsenal tidak akan mengeluarkan sebarang komen terhadap laporan yang dianggap spekulasi liar mengenai cubaan Barcelona mendapatkan Bellerin.

Menurut sumber dalaman kelab, Bellerin yang menandatangi kontrak jangka panjang bersama Arsenal tahun lalu kekal sebagai pemain penting Arsenal dan kelab tidak berhajat untuk melepaskan beliau dalam masa terdekat.

Gol cantik Bellerin dalam perlawanan menentang Liverpool tahun 2015.

Petikan kata-kata Bellerin tahun 2015.
If I'd wanted to play [at Barca], I would have stayed there in the first place.

The fact that I came to Arsenal means that I want to play here

The idea of playing for one of the biggest clubs in the Premier League was a real attraction, but it was the idea of working for Arsene Wenger which really sold the idea to me.

Rekod pemain yang pernah Arsenal jual kepada Barcena.

Bil. Pemain Tahun Nilai
1 Marc Overmars Julai 2000 £25juta
2 Emmanuel Petit Julai 2000 £5juta
3 Giovanni van Bronckhorst Ogos 2003 Percuma
4 Thierry Henry June2007 £16.1juta
5 Aleksandr Hleb Julai 2008 £11.8juta
6 Cesc Fabregas Ogos 2011 £30juta
7 Alex Song Ogos 2012 £15juta
8 Thomas Vermaelen Ogos 2014 £15juta
Jumlah £117.9juta


Sumber rujukan :SkySportsMetroDream Team FC, ESPN, The18 dan Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post