Perubahan staff dalaman Arsenal.


Selepas beliau (Arsène Wenger) menerima untuk menyambung dua tahun lagi kontrak beliau bersama Arsenal, dilaporkan bahawa beliau bersedia untuk melakukan beberapa perubahan dalam struktur bola sepak bagi kelab ini.

Wenger pernah menolak idea untuk mewujudkan jawatan ‘director of football’ yang didakwa beliau akan menyebabkan percanggahan kerja dengan pengurus pasukan, beliau musim ini (2017/2018) dilihat telah melakukan beberapa perubahan dalam struktur kelab dengan melantik beberapa staff baru.

Walaupun masih mengekalkan Tony Colbert yang telah bersama Wenger hampir 19 tahun namun dengan kedatangan Darren Burgess, menyaksikan peranan Colbert kini diletakkan pada jurulatih teknikal pasukan.

Colbert bakal berperanan dalam bahagian teknikal pasukan Arsenal.
Burgess menyertai Arsenal dengan jawatan 'director high performance' dan bertanggungjawab dalam soal kecergasan dan perubatan (medical) pemain bakal bekerjasama dengan Shad Forsythe selaku 'head of athletics performance' dimana beliau merupakan sebahagian daripada staff pasukan Jerman yang menjuarai gelaran Piala Dunia lalu.

Darren Burgess bekas ketua jurulatih kecergasan Liverpool yang baru menyertai Arsenal. 
Arsenal juga mengekalkan dua pegawai ataupun staff utama mereka iaitu Boro Primorac (jurulatih pasukan utama) dan juga penolong Wenger, Steve Bould (assistant manager).

Selain itu, Arsenal juga telah melantik Huss Fahmy yang pernah bersama Team Sky’s yang bakal menguruskan isu-isu perundangan dan komersial. Beliau akan bekerjasama Dick Law dan Gazidis dalam isu-isu berkaitan kontrak serta isu-isu komersial Arsenal.

  Huss Fahmy pakar perundangan dan komersial yang bakal mengendalikan isu-isu kontrak pemain.
Terbaru, Arsenal dilaporkan bakal melantik jurulatih penjaga gawang baru yang dilihat sebagai salah satu daripada beberapa perubahan pada struktur kejurulatihan Arsenal.

Andy Woodman yang pernah berkhidmat bersama Crystal Palace dan Newcastle bakal mengendali skuad bawah 23 tahun Arsenal sebagai jurulatih penjaga gawang.

Andy Woodman jurulatih penjaga gawang baru yang dibawa masuk oleh Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post