Arsenal tawar £50juta bagi penyerang baru.

Selepas dilaporkan oleh beberapa akhbar di UK mengenai Arsenal yang melakukan bidaan tertinggi terhadap pemain Monaco iaitu Kylian Mbappe, kini Arsenal sekali lagi dilaporkan telah melakukan bidaan yang bakal memecahkan rekod perpindahan pemain yang pernah dilakukan Arsenal.

Menurut laporan Metro, Arsenal telah melakukan bidaan bernilai £50juta terhadap Lyon bagi mendapatkan Alexandre Lacazette serta ditawarkan gaji bernilai £250,000 seminggu.

Wenger dilaporkan membuat tawaran bernilai £50juta terhadap Lyon bagi mendapatkan Lacazette. Kredit gambar : Sky Sport
Menurut laporan itu juga, Arsene Wenger yakin dengan tawaran yang dikemukakan itu mempu mengubah pendirian dan keputusan Lacazette untuk menyertai beliau musim depan bersama Arsenal.

Sebelum ini, Lacazette dilaporkan bakal menyertai Atletico Madrid namun sekatan yang dikenakan terhadap kelab itu menghalang beliau daripada menyertai kelab tersebut melainkan beliau sanggup menunggu sehingga Januari 2018.
Lacazette dikatakan bakal menyertai Arsenal dengan tawaran gaji £250,000 seminggu. Kredit gambar: Sky Sports
Lacazette, 26 tahun telah menjaringkan 37 gol bersama Lyon pada muism lalu mendedahkan bahawa beliau gembira dan sanggup menyertai  mana-mana kelab walaupun tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Selain Arsenal, Manchester United turut dilaporkan berminat mendapatkan pemain ini selepas kegagalan mendapatkan Antoine Griezmann.

Post a Comment

Previous Post Next Post