Emmanuel Eboué

Kredit gambar : Buzz.ie
Emmanuel Eboué menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke 33 pada 4 Jun (semalam) bukanlah seorang lagenda kelab namun beliau merupakan antara bekas pemain Arsenal yang lama berada bersama kelab ini.

Menyertai Arsenal pada awal tahun 2005 dibulan Januari, beliau meninggalkan kelab ini pada Ogos 2011 dan menyertai kelab gergasi Turki, Galatasaray

Selama tujuh musim bersama Arsenal, beliau telah membuat sebanyak 215 penambilan dengan 10 gol dijaringkan serta 20 bantuan gol berjaya disumbangkan beliau.

Beliau membuat penampilan sulung bersama Arsenal dalam perlawanan FA Cup pusingan ketiga pada 9 Januari (kira-kira lapan hari selepas menyertai Arsenal) menentang Stoke yang berkesudahan Arsenal menang 2-1.

Meninggalkan Arsenal.
Pada Ogos 2011, beliau 'dilepaskan' Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak
£4juta untuk menyertai Galatasaray.

Terdapat laporan yang mengatakan Arsene Wenger berang terhadapnya gara-gara tindakan beliau yang mengakibatkan Liverpool mendapat sepakan penalti dipenghujung perlawanan yang akhirnya berkesudahan seri 1-1.

Arsenal mendahului Liverpool pada minit ke-98 perlawanan hasil sepakan penalti RVP sebelum Dirk Kuyt menyamakan kedudukan pada minit ke-101 perlawanan melalui sepakan penalti selepas Eboue menjatuhkan Lucas Leiva.

Arsenal pada ketika itu berada ditangga kedua liga dibelakang Manchester United. Dengan keputusan seri menentang Liverpool, Arsenal ketinggalan enam mata dengan baki enam perlawanan.

Namun akhirnya, Arsenal menamatkan musim itu ditangga keempat liga.

Video Eboue menghadiahkan penalti kepada Liverpool.

Kembali ke EPL
Selepas menghabiskan empat musim bersama Galatasaray, beliau pada tahun 2016 kembali beraksi dikancah Liga Perdana Inggeris .

Menyertai Sunderland.
Pada 9 March 2016, Emmanuel Eboue telah menandatangi kontrak bersama Sunderland untuk tempoh setahun.

Namun pada 31 March 2016, beliau didapati bersalah kerana tidak menjelaskan bayaran kepada bekas ejen beliau dan akibatnya beliau digantung dari sebarang aktiviti bolasepak selama setahun oleh FIFA.

Dilepaskan Sunderland.
Pada April 2015, beliau dilepaskan oleh Sunderland setelah FIFA menggantung beliau daripada aktiviti bola sepak selama setahun.

(Beliau gagal menjelaskan hutang terhadap bekas ejen beliau yang berjumlah €1juta).

"The former Arsenal right-back was sacked by Sunderland on Thursday after being banned from football for 12 months by Fifa because of an unpaid debt owed to his former representative Sébastien Boisseau. Previously a free agent, the 32-year-old signed a short-term deal with Sam Allardyce’s relegation-threatened side in March but has not played a single first-team game."

Sikap kelakar dan lucu.
Beliau juga dikenali dengan sikap dan aksi lucu beliau ketika bersama Arsenal, skuad kebangsaan Ivory Coast mahupun ketika bersama kelab Galatasaray.

Pada sambutan Krismas tahun 2006 yang dianjurkan oleh Gilberto Silva, beliau sanggup menunggu dan bersembunyi dibelakang pintu menunggu rakan sepasukan tiba sebelum mengejutkan mereka dengan melompat keluar dengan berkostum harimau.



Antara aksi-aksi beliau bersama Arsenal.

Koleksi video yang memaparkan aksi-aksi lucu beliau.

Ni siapa man of the match?

Dalam keceriaan beliau dan kita semua terhibur dengan gelagat beliau, akibat daripada penggantungan FIFA selama setahun itu, Eboue hampir-hampir membunuh diri.

“One day I wanted to kill myself. My family keep me strong, it’s them I have to think about but if I was alone, I worry about what I’d have done to myself by now.”

Kini beliau berlatih bersama kelab Enfield Town bagi mengekalkan tahap kecergasan beliau sambil menantikan tempoh penggantungan beliau berakhir.

Selamat menyabut hari ulangtahun ke 33 Eboue! Happy Birthday ...! #COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post