Kieran Gibbs terlalu mahal.


Arsenal dilaporkan mengalami masalah dalam urusan penjualan pemain pertahanan kirinya iaitu Kieran Gibbs.

Pemain berusia 27 tahun itu yang hanya membuat lapan penampilan dalam saingan Liga Perdana musim lalu dikatakan terlalu mahal nilainya.

Arsenal meletakan nilai sebanyak £15juta bagi urusan penjualan pemain ini dan laporan daripada London Evening Standard mencadangkan dimana Arsenal perlu menurunkan atau merendahkan nilai Gibbs jika mahu melepaskan pemain ini (jual).

Gibbs yang menarik minat pasukan seperti Watford, Newcastle, Stoke dan pasukan baru bakal menyertai Liga Perdana (promoted)  musim depan, Brighton untuk mendapatkan khidmat beliau; namun dengan nilai yang dikatakan terlalu tinggi diletakkan Arsenal keatas beliau memaksa pasukan tersebut menangguhkan minat mereka seketika.

Pilihan ketiga Wenger.
Dengan kehadiran Kolasinac, Gibbs dilihat semakin sukar merebut tempat dalam kesebelasan utama Arsenal memandangkan sebelum ini Wenger lebih cenderung menggunakan khidmat Nacho Monreal.

Kini, beliau boleh dikatakan bakal menjadi pilihan ketiga Wenger.

Kehadiran Kolasinac menyukarkan lagi peluang Gibbs beraksi bersama Arsenal.
Piala Dunia 2018
Gibbs yang juga merupakan pemain kebangsaan England terdesak untuk mengekal prestasi terbaik beliau demi memastikan tempat beliau terjamin dalam skuad England bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia Russia 2018 nanti.

Gibbs terdesak untuk mengekalkan tempat dalam skuad England.
Dengan peluang yang semakin sukar bersama Arsenal, beliau seharusnya meninggalkan pasukan ini jika mahu beraksi dalam kejohanan Piala Dunia nanti dengan mencari pasukan yang mampu memberikan tempat beraksi (kesebelasan utama) kepada beliau.

Kontrak Gibbs bakal berakhir pada penghujung tahun depan dan adakah Arsenal sanggup melepaskan beliau secara percuma dipenghujung musim depan atau merendahkan nilai yang diletakkan terhadap Gibbs.

Post a Comment

Previous Post Next Post