Khabar angin ataupun 'Transfer Rumors' kuat mengatakan Arsenal berminat mendapatkan penyerang Lyon, Alexandre Lacazette dan sehingga kini masih belum ada sebarang pembelian pemain baru yang dibuat oleh Arsenal selain Sead Kolasinac yang dibawa masuk secara percuma walaupun dikatakan Wenger telah diberikan dana sejumlah £165 juta bagi urusan pembelian pemain baru musim depan.
Mengikut laporan, Wenger dilihat bersungguh-sungguh mahu mendapatkan pemain Lyon itu setelah kecewa (gagal) membawa pemain tersebut musim lalu.
Lacazette, 26 tahun sebelum ini dilaporkan bakal menyertai Atletico Madrid namun terpaksa memikirkan dua kali masa depan beliau memandangkan Atletico Madrid telah dikenakan sekatan pembelian pemain sehingga Januari 2018.
Selepas Arsenal dikatakan gagal mendapatkan pemain muda AS Monaco, Kylian Mbappe ; Wenger dilaporkan telah mengalih sasaran beliau kepada Lacazette yang telah menjaringkan 27 gol dalam 30 penampilan bersama Lyon musim lalu.
Selepas Arsenal dikatakan gagal mendapatkan pemain muda AS Monaco, Kylian Mbappe ; Wenger dilaporkan telah mengalih sasaran beliau kepada Lacazette yang telah menjaringkan 27 gol dalam 30 penampilan bersama Lyon musim lalu.
Berikut adalah data yang dikumpul sebagai perbandingan diantara Lacazette dan Giroud daripada Ogos 2012 sehingga musim lalu (terkini).
Lacazette | vs (bermula Ogos 2012) |
Giroud |
---|---|---|
52% | win rate | 57% |
94 | goals | 69 |
19 | assists | 23 |
142.7 | minutes per goal | 157.8 |
396 | total shots | 429 |
58.4% | shooting accuracy | 48.3% |
Data daripada OPTA. |
Jika diteliti pada statistik diatas, penulis merasakan Lacazette lebih 'berbisa' berbanding Giroud walaupun kedua-dua pemain ini memiliki kelebihan yang setara.
Namun dengan 'shooting accuracy' dan 'minutes per goal' yang dimilliki Lacazette, penulis memilih untuk memilih Lacazette berbanding Giroud dan bukannya untuk melepaskan Giroud andai Lacazette menyertai Arsenal.
Seboleh-bolehnya kekalkan Giroud untuk bergandingan ataupun sebagai 'back-up' kepada Lacazette.
Apa kata Thierry Henry
Namun dengan 'shooting accuracy' dan 'minutes per goal' yang dimilliki Lacazette, penulis memilih untuk memilih Lacazette berbanding Giroud dan bukannya untuk melepaskan Giroud andai Lacazette menyertai Arsenal.
Seboleh-bolehnya kekalkan Giroud untuk bergandingan ataupun sebagai 'back-up' kepada Lacazette.
Apa kata Thierry Henry
Lagenda Arsenal, Thierry Henry yang juga merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak kelab dengan 226 gol bagi 369 penampilan itu dicipta dalam tempoh lapan musim beliau bersama Arsenal.
Dalam temuramah beliau bersama beIN Sports yang diterbitkan oleh Evening Standard, beliau telah menyifatkan Alexandre Lacazette merupakan seorang pemain yang luar biasa dan kemasukan beliau kedalam skuad Arsenal musim depan mampu mengubah corak serangan pasukan itu musim depan.
Henry pemegang rekod penjaring terbanyak Arsenal. |
“For me, what Lacazette is doing is extraordinary,”
“He has become aware of his qualities and he is especially aware that he cannot be average. Congratulations to him, really.”
Beliau menyertai Lyon pada tahun 2003 selaku pemain remaja dan bermain didalam akademi kelab tersebut sebelum menyertai skuad utama Lyon pada tahun 2010.
Lacazette kini berjaya menempatkan diri beliau dikalangan penyerang utama di Eropah dengan menjaringkan 100 gol dan 32 bantuan gol (assist) dalam 203 penampilan beliau bersama Lyon bagi saingan Ligue 1 setakat ini (bermula tahun 2010 hingga kini).
Giroud menyertai Arsenal pada tahun 2012 dan telah menjaringkan 98 gol setakat ini. |
Lacazette | vs musim lalu |
Giroud |
---|---|---|
(26 tahun) | (30 tahun) | |
30 | Games (League) | 29 |
27 | Goal scored | 12 |
3 | Assist | 3 |
43 | Key Passes | 14 |
46 | Chances Created | 17 |
83 | Total Shots | 39 |
Arsenal dilaporkan telah melakukan bidaan berjumlah £44juta terhadap Lyon bagi mendapatkan pemain ini namun ditolak Lyon dengan alasan mereka mahukan £57juta untuk mereka melepaskan Lacazette kepada Arsenal.