Pemain Asia gagal di Arsenal


Kenapa bintang Asia gagal menyinar bersama Arsenal?

Sejarah Ringkas Arsene Wenger
Arsene Wenger sebelum menyertai Arsenal, beliau pernah berkhidmat dengan kelab Asia di Jepun iaitu Nagoya Grampus Eight.

Beliau menghabiskan 18 bulan bersama kelab Jepun itu dengan berjaya meraih kejuaraan Emperor's Cup pada tahun 1995 dan J-League Super Cup pada tahun 1996.

Wenger tiba di London pada 1996 selepas pasukan Arsenal menggugurkan pengurus pasukan ketika itu, Bruce Rioch pada Ogos 1996. Dan Arsenal dikendalikan oleh pengurus sementara iaitu Stewart Houston yang kemudiannya digantikan oleh Pat Rice.

Arsenal akhirnya mengesahkan Wenger selaku pengurus baru pasukan pada pada 22 September 1996 selepas beliau dilepaskan oleh kelab Jepun itu walaupun keputusan itu tertangguh beberapa minggu. Wenger secara rasminya memulakan tugas beliau selaku pengurus Arsenal pada  1 Oktober 1996.

"The main reason for coming is that I love English football, the roots of the game are here. I like the spirit round the game and at Arsenal I like the spirit of the club and its potential"

Info Ringkas Wenger.

Maklumat Peribadi
Nama Penuh Arsène Wenger
Tarikh Lahir 22 October 1949 (age 67)
Tempat Lahir Strasbourg, Alsace, France
Tinggi 6 ft 3 in (1.91 m)
Posisi Midfielder
Maklumat Pasukan
Pasukan Terkini Arsenal (pengurus)
Karier Remaja
1963–1969 FC Duttlenheim
1969–1973 Mutzig
Karier Peringkat Senior
Tahun Pasukan Penampilan Gol Dijaringkan
1969–1973 Mutzig 3 1
1973–1975 Mulhouse 56 4
1975–1978 ASPV Strasbourg 8 1
1978–1981 Strasbourg 13 0
Jumlah 80 6
Pengurus Pasukan
1984–1987 Nancy
1987–1994 Monaco
1995–1996 Nagoya Grampus Eight
1996– kini Arsenal

Tidak dinafikan bahawa Wenger mempunyai hubungan baik dengan kelab Jepun dan beliau mendapat kepercayaan para pemain ketika itu dan peminat begitu menyanjungi beliau.

Difahamkan juga beliau mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan ini memberikan satu kelebihan kepada beliau.

Video : Arsene Wenger ucap selamat tinggal Nagoya.

Pemain Asia
Selepas menyertai Arsenal hingga ke hari ini, antara pemain ternama Asia yang pernah Arsenal milikki adalah Junichi Inamoto dan Park Chu-Young selain pemain muda Jepun iaitu Ryo Miyaichi serta pemain yang baru dibawa masuk musim lalu Takuma Asano.

Junichi Inamoto dan Park Chu-Young bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak Asia terutamanya di Jepun dan Korea dimana mereka berdua merupakan pemain kebangsaan negara masing-masing. Namun sayang-nya, mereka tetap gagal bersama Arsenal.

1. Junichi Inamoto
Kredit gambar : Premier League Brasil
Menyertai Arsenal pada tahun 2001 secara pinjaman daripada kelab Gamba Osaka. Inamoto yang berusia 21 tahun ketika itu telah memilikki 22 caps bersama skuad senior Jepun. 

Petikan kata-kata Wenger ketika mendedahkan Inamoto selaku pemain Arsenal.
"We are pleased to welcome Inamoto to the club. He is physically strong and a great passer of the ball. His enthusiasm and ability will undoubtedly strengthen our squad this season."

Beliau , sebelum menyertai Arsenal telah berjaya meraih kejuaraan bersama skuad Kebangsaan Jepun dengan memenangi Piala Asia pada tahun 2000 dan tempat kedua Piala Konfederasi tahun 2001.

Bersama Arsenal, beliau hanya membuat dua penampilan sepanjang berada bersama kelab iaitu dalam saingan League Cup dan beliau akhirnya dilepaskan sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia 2002 dengan menyertai kelab Fulham juga secara pinjaman daripada kelab Gamba Osaka.

Lebih malang, beliau tidak pernah membuat sebarang penampilan dalam saingan liga bersama Arsenal.

Kini beliau pada usia 37 tahun bermain dengan kelab Consadole Sapporo di Liga J1 - Jepun.

2. Park Chu-Young
Kredit gambar : Metro
Menyertai Arsenal pada 30 Ogos 2011 dari kelab Perancis, AS Monaco dengan kontrak selama selama dua tahun (dua musim).

Bukan calang-calang Park Chu Young ni, beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan dan bersama Monaco beliau telah membuat 91 penampilan dengan 25 gol berjaya dijaringkan.

Diberikan jersi bernombor sembilan, angka ataupun nombor 'berhantu' skuad Arsenal dibawah kendalian Wenger; beliau hanya membuat tujuh penampilan bersama skuad ini dengan sekali kemunculan dalam saingan liga dan selebihnya beliau beraksi dalam saingan League Cup dan saingan Eropah.

Kemasukan Lukas Podolski pada tahun 2012, memaksa beliau menyerah jersi bernombor sembilan itu kepada pemain kebangsaan Jerman tersebut memandangkan beliau dipinjamkan kepada kelab Celta Vigo pada ketika itu.

Ketika ini, jurulatih kebangsaan Korea telah menasihati beliau untuk meninggalkan kelab ini jika mahu kekal bersama skuad kebangsaan.

Namun,sekali lagi beliau dipinjamkan pada tahun 2013 dan kali ini kepada kelab Watford sebelum dilepaskan Arsenal pada tahun 2014.

Kata-kata Wenger ketika mengumumkan pemain ini selaku pemain Arsenal.
"He will add true quality to our attacking forces and will be a valuable addition to the squad."


3.Ryo Miyaichi
Pemain asia ketiga yang dibawa masuk Wenger menyertai Arsenal,Ryo Miyaichi.
Selepas kemasukan dua bintang ternama Asia, Wenger kali ini membawa masuk seorang pemain remaja Asia berusia 18 tahun ketika itu.

Hadir dengan reputasi pemain kebangsaan skuad bawah 17 tahun Jepun, Wenger mengumumkan pemain ini selaku pemain terbaru menyertai Arsenal pada Januari 2011.

Miyaichi dipilih Wenger menyertai Arsenal setelah aksi beliau yang memukau pada sesi percubaan bersama kelab ini.

Berikut adalah kata-kata Wenger mengenai pemain ini.

"He trialled with us in the summer and has raw ability which has attracted many clubs around the world" 

"I look forward to helping him fulfil his potential here at Arsenal."

Wenger bagaikan memungkiri janji beliau kepada Miyaichi apabila gagal membantu dan membentuk pemain ini menjadi seorang pemain yang berkualiti bersama Arsenal.

Miyaichi yang menyertai Arsenal untuk tempoh empat tahun hanya diberikan peluang beraksi sebanyak tujuh kali dengan sekali penampilan didalam liga.

Beliau kini beraksi untuk kelab Jerman di Division 2, FC St. Pauli semenjak musim 2015 dan telah membuat 21 penampilan dengan dua gol berjaya dijaringkan beliau setakat ini.

4. Takuma Asano

Pemain Asia keempat dan terbaru dibawa masuk oleh Wenger menyertai Arsenal pada tahun 2016.

3 Julai 2016, Asano yang berusia 22 tahun secara rasminya diumumkan oleh Arsenal selaku pemain terbaru menyertai mereka.

Namun disebabkan gagal mendapatkan permit kerja, pemain ini dipinjamkan kepada kelab Jerman, VfB Stuttgart pada bulan berikutnya.

Kini beliau masih bersama VfB Stuttgart  selepas kontrak pinjaman pemain ini dilanjutkan ekoran masih gagal mendapatkan permit.

Bersama Stuttgart, beliau telah membuat 27 penampilan dengan empat gol berjaya dijaringkan setakat musim lalu.

Petikan kata-kata Wenger mengenai Asano.

‘Takuma is a talented young striker and one for the future’

'Pemain Asia Gagal Menyinar Bersama Arsenal'
Adakah Wenger sekadar mengambil pemain-pemain Asia ini bagi tujuan pemasaran di peringkat Asia semata-mata?

Pemain Asia lain yang/pernah beraksi dalam saingan EPL:
  • Shinji Kagawa (Manchester United : 2012-2014)
  • Sun Jihai (Manchester City : 2002–2008)
  • Ali Al-Habsi (Wigan Athletic : 2011–2015)
  • Park Ji-Sung (Manchester United : 2005–2012 )
  • Maya Yoshida (Southampton : 2012– kini)
  • Hidetoshi Nakata (Bolton Wanderers :2005–2006)
(sekadar menyenaraikan beberapa pemain sahaja)

Daripada senarai diatas mungkin tidak semua pemain tersebut begitu menyerlah namun sekurang-kurangnya mereka banyak membuat penampilan bersama kelab mereka jika dibandingkan dengan Arsenal.

Kenapa pemain Asia gagal menyerlah bersama Arsenal? Mampukah Takuma menjadi pemain Asia pertama yang mampu memecahkan 'badi' ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post