Apa cerita Mahrez?


Pemain yang dikatakan bakal ditandatangani Arsenal selepas Lacazette, Riyad Mahrez masih menjadi tanda tanya.

Selepas dilaporkan dimana Arsenal tidak sanggup untuk membeli pemain tersebut dengan nilai yang tinggi (£50juta) diletakkan bagi pemain ini oleh kelab beliau Leicester City, sehingga kini masih belum terdapat sebarang berita yang boleh diyakini sama ada Arsenal benar-benar berminat untuk mendapatkan pemain kelahiran Algeria ini.


Tiada Tawaran        
Pengurus Leicester City, Craig Shakespeare mengesahkan tiada tawaran dibuat setakat ini terhadap Mahrez daripada mana-mana pasukan yang dikatakan berminat menggunakan khidmat pemain itu musim depan.

Selain Arsenal, Riyad Mahrez turut dikaitkan dengan pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona namun pemain ini lebih hangat dikaitkan dengan Arsenal. 

Pengurus Leicester City, Craig Shakespeare mengesahkan tiada tawaran dibuat setakat ini terhadap Mahrez.
Kredit gambar : Goal
Komitmen
Dengan Leicester City masih belum menerima apa-apa tawaran untuk mendapatkan Mahrez, pengurus pasukan itu, Craig Shakespeare menuntut sepenuh komitmen daripada pemain tersebut terhadap pasukan. 

Sebelum ini Mahrez pernah menyuarakan hasrat beliau untuk meninggalkan pasukan itu pada musim 2015/16 dengan dikaitkan menyertai Barcelona namun impian beliau untuk menyertai pasukan itu tidak kesampaian apabila Barcelona dikatakan tidak berminat menggunakan khidmat beliau.

Shakespeare turut menuntut Mahrez supaya bersikap profesional serta menghormati kontrak beliau yang masih ada bersama kelab itu.

"He has to be professional. We have to be professional with him. But more importantly he has to be committed and I think he has to show supporters, staff and players that."

"If he's selected, he has to perform and, if he doesn't show commitment, he won't play. He's got a contract with us, so he has to understand that." 

"But if players want to go, ultimately they have contracts and they have to honour them. If they want to go and we get a bid, we'll reflect on it."   

Statistik Mahrez
Kredit gambar : Goal.
Nilai Mahrez
Menurut laporan, Wenger dikatakan hanya sanggup mengeluarkan belanja sekitar £35juta atau tidak lebih daripada itu untuk mendapatkan pemain yang pernah memenangi anugerah PFA Player of the Year bagi tahun 2016.

Mengikut tinjauan, rata-rata peminat Arsenal juga bersetuju dengan penilaian Wenger terhadapa nilai pemain ini iaitu pada £30-£35juta dan menyifatkan nilai tinggi yang diletakan oleh Leicester itu hanyalah untuk menghalang pemain tersebut daripada meninggalkan kelab itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post