Laporan sebelum ini penah mendedahkan dimana AS Monaco telah menolak tawaran Arsenal berjumlah €40juta (£35juta) untuk mendapatkan Thomas Lemar.
Terbaru, Arsenal dilaporkan telah melakukan bidaan kedua dengan nilai yang lebih tinggi terhadap pemain ini dengan tawaran yang dilaporkan berjumlah €45juta (£40juta).
After being rejected a few days ago on his first offer of 40 million euros , plus bonuses, Arsenal has formulated a new one to attract Thomas Lemar , which amounts to 45 million. Arsène Wenger knows the tough Monegasque business leaders, but he has not given up on the services of France's twenty-one-year international offensive midfielder (5 selections), with three years of contracts in the Principality. L'Equipe
Petanda
AS Monaco telah memuat naik gambar mengenai jersi terbaru mereka dan pada imej ataupun gambar tersebut tidak kelihatan bintang yang dikaitkan dengan Arsenal iaitu Thomas Lemar.
Poster tersebut memaparkan sebahagian bintang utama mereka (AS Monaco) seperti Kamil Glik, Almamy Touré, Kylian Mbappé, Falcao dan Djibril Sidibé tanpa Thomas Lemar yang dikatakan bernilai £80juta.
Djibril Sidibe yang dikaitkan bakal menyertai Juventus musim depan, turut berada didalam poster promosi jersi mereka kali ini begitu juga dengan Mbappé manakala Lemar?...tidak kelihatan.
Adakah ini bermakna Monaco sedia lepaskan pemain ini?
Posting pada laman Twitter AS Monaco
[NOUVEAU] Fier de vous présenter notre Maillot Extérieur pour la saison 2017-2018 ! 🌊🔴⚪️ pic.twitter.com/NkIAKlP6eB— AS Monaco🏆🇫🇷 (@AS_Monaco) July 7, 2017
Posting pada laman Facebook Rasmi AS Monaco.
Thomas Lemar, 21 tahun dikatakan menjadi sasaran Wenger selepas gagal mendapatkan Kylian Mbappé yang juga merupakan pemain kelab tersebut. Beliau juga dikatakan pilihan utama Wenger jika dibandingkan dengan Mahrez yang turut dikaitkan sebelum ini.
Baca: Apa Cerita Mahrez
Arsenal dilaporkan telah melakukan bidaan kali kedua untuk mendapatkan Lemar. |
Tindakkan Monaco sebelum ini yang meletakkan harga cukup tinggi bagi pemain ini (£80juta) dilihat seolah-olah menghalang mana-mana pasukan untuk mendapatkan pemain tersebut. Namun dengan perkembangan terkini, adakah Monaco sedia melepaskan Lemar?
![]() |
Poster kartun bintang utama Monaco memperagakan jersi Nike bagi musim 2017/18. |
Berikut adalah maklumat ringkas dan statistik beliau:
Thomas Lemar | |
---|---|
Tarikh Lahir | Nov 12, 1995 |
Tempat Lahir | Baie-Mahault, Guadeloupe |
Umur | 21 |
Tinggi | 1,70 m |
Warganegara | Perancis / Guadeloupe |
Posisi | Striker - Left Wing |
Kaki | Kiri |
Ejen Pemain | EW Management GmbH |
Kelab semasa | AS Monaco |
Mula menyertai | Jul 1, 2015 |
Tempoh tamat kontrak | 30.06.2020 |
Rekod Penampilan
Saingan | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
Ligue 1 | 85 | 15 | 18 |
Champions League | 12 | 2 | 5 |
Coupe de la Ligue | 7 | 1 | 1 |
Ligue 2 | 7 | - | 1 |
Champions League Qualification | 5 | - | 1 |
Europa League | 4 | - | - |
Coupe de France | 4 | 2 | 2 |
Jumlah | 124 | 20 | 28 |
Rekod Mengikut Posisi Di Mainkan
Posisi | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
Left Wing | 62 | 15 | 18 |
Attacking Midfield | 21 | 3 | 3 |
Right Wing | 12 | 2 | 3 |
Central Midfield | 4 | - | 1 |
Left-Back | 1 | - | 2 |
Right-Back | 1 | - | 1 |
Jumlah | 101 | 20 | 28 |
Walaupun, posisi kegemaran ataupun posisi utama beliau adalah penyerang dan juga pemain sayap kiri, namun beliau boleh beraksi pada pelbagai posisi dan berjaya menghasilkan sesuatu yang menarik merujuk kepada statistik diatas.
Manakala statistik dibawah pula merujuk kepada persembahan beliau pada musim lalu yang mana beliau kerap digunakan pada posisi sayap kiri dengan 48 penampilan, 14 gol berjaya dijaringkan dan 17 assists berjaya dicipta.
Musim 2016/2017 | Penampilan | Gol | Assists |
---|---|---|---|
Ligue 1 | 34 | 9 | 11 |
UEFA Champions League | 12 | 2 | 5 |
UEFA Champions League Qualification | 4 | - | 1 |
Coupe de la Ligue | 3 | 1 | - |
Coupe de France | 2 | 2 | - |
Jumlah | 55 | 14 | 17 |
Baca juga : Jakub Jankto yang dikaitkan dengan Arsenal.