Naib Presiden FIFA dan UEFA letak jawatan

Angel Maria Villar Llona lepaskan  jawatan dalam  FIFA dan UEFA

Presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol, Angel Maria Villar Llona, ​​telah melepaskan semua jawatan beliau dalam organisasi FIFA dan UEFA ekoran siasatan tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beliau.

Bekas pemain tengah Sepanyol dan Athletic Bilbao, Villar Llona dan anaknya serta tiga lagi pegawai ditahan oleh pihak berkuasa anti rasuah ketika serbuan dijalankan dipejabat persekutuan badan induk itu di Madrid, Sepanyol.

Beliau yang menafikan semua tuduhan itu telah melepaskan semua peranan yang dipegang beliau dalam badan induk bolasepak dunia dan eropah, iaitu Naib Presiden FIFA dan Naib Presiden UEFA. 



Satu kenyataan dari UEFA dikeluarkan sebagaimana dipetik daripada lama Sky Sports

"Pada 26 Julai, 2017, Encik Angel Maria Villar Llona mengemukakan peletakan jawatannya sebagai naib presiden UEFA dan ahli Jawatankuasa Eksekutif UEFA dengan serta-merta."

"Berikutan peletakan jawatannya, Encik Villar Llona tidak lagi mempunyai sebarang fungsi rasmi di organisasi kami."

Menurut laporan itu juga, presiden UEFA, Aleksander Ceferin dilaporkan telah menerima peletakan jawatan Villar dan mengucapkan terima kasih kepadanya atas khidmat beliau untuk bola sepak Eropah selama ini.

Beliau turut enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan memandang prosiding mahkamah dijalankan di Sepanyol.

Post a Comment

Previous Post Next Post