Jack Wilshere beri bayangan kelab mana bakal disertai beliau.


Wilshere yang masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama Arsenal, namun desas-desus mengenai perpindahan pemain ini semakin rancak diperkatakan setelah beberapa kelab dikaitkan dengan beliau.

Selain West Ham, Newcastle dan Swansea yang dikaitkan dengan perpindahan pemain ini, kelab luar juga turut dilaporkan berminat mendapatkan khidmat beliau.

Sampdoria kelab daripada Liga Itali dan Antalyaspor kelab Turki, turut tersenarai dalam rumors ini.

Tidak diketahui mana satu yang betul, dan mana satu yang salah.

Pendedahan beberapa media dan laman sosial yang mengatakan bahawa beliau tidak lagi berada dalam rancangan masa depan Wenger bersama Arsenal dan pihak kelab sedia untuk melepaskan beliau, sedikit sebanyak menyedihkan para peminat dan penyokong Arsenal.

Sebelum itu, Wenger pernah menjelaskan dimana Wilshere masih lagi berada dalam perancangan beliau musim depan namun perlu berusaha lebih keras untuk merebut kembali posisi beliau bersama Arsenal.



Beliau yang kembali kepangkuan Arsenal setelah tamat tempoh pinjaman bersama Bournemouth, masih berusaha untuk mengembalikan kecergasan setelah mengalami kecederaan bersama kelab itu dipenghujung saingan liga.

Namun laporan yang dikeluarkan oleh Independent, memberi gambaran kelab mana yang bakal disertai oleh Wilshere jika beliau tidak lagi diperlukan oleh Arsenal.

Menurut laporan tersebut, Wilshere tidak mungkin menyertai kelab Itali dan juga kelab dari Turki namun beliau dikatakan mahu memilih kelab yang berhampiran dengan London.

Dan West Ham kemungkinan menjadi pilihan beliau. Namun sehingga ke hari ini West Ham belum lagi membuat sebarang tawaran bagi mendapatkan khidmat beliau.

Petikan kata-kata Wenger melalui Guardian.

“I’m sad about this injury because Jack is a great player with a great football brain,” - 

“His career has been stopped by many injuries. At the top level the most important thing is consistency. When a player has been out for a while, the game is of such an intensity that it always takes you a while to get your confidence back."

“You have to be consistently present. When you look at all the players who are at the top level in the world like Cristiano Ronaldo, these guys play 50 or 60 games a year. They have the luck of not being stopped by injuries."

“You’re always sad when a guy of Jack’s quality is stopped by problems.”

West Ham telah pun menandatangani empat pemain baru dalam persiapan mereka menghadapi saingan liga musim depan. 

Dengan kemasukan pemain seperti Joe Hart, Pablo Zabaleta, Marco Arnautovic dan Javier Hernandez, West Ham kini hampir menjadi sebuah pasukan yang lengkap pada semua posisi dan jika Wilshere menyertai mereka sudah tentu mereka menjadi lebih berbahaya dengan sebuah pasukan yang lengkap.

Post a Comment

Previous Post Next Post