Arsenal 'wonderkid'
Wilshere pernah bermain dalam dua kejohanan besar dan berjaya memenangi dua kejuaraan utama sebelum berusia 25 tahun.
Bakat beliau dilahirkan daripada akademi Arsenal dan memilikki DNA Arsenal. Namun dimanakah silapnya pemain ini dan Arsenal.
Pemain remaja yang pernah mencipta kejutan dengan aksi serta kebolehan beliau ini dikatakan bakal menjadi kapten Arsenal pada satu hari nanti menurut Wenger.
Antara kelebihan beliau adalah dalam gerakan, visi dan hantaran bola disamping kombinasi semua itu beliau turut memiliki bakat sebagai ketua diatas padang.
Namun karier beliau sering dihantui dengan kecederaan sebagaimana diceritakan dahulu : Status kecederaan Wilshere.
Antara kejuaraan dan kejayaan yang berjaya beliau miliki setakat ini.
Arsenal Youth | |
---|---|
FA Youth Cup | Musim 2008–09 |
Premier Academy League | Musim 2009–10 |
Arsenal | |
FA Cup | Musim 2013–14 dan 2014–15 |
FA Community Shield | Musim 2014 dan 2015 |
England Youth | |
Victory Shield | Tahun 2006 dan 2007 |
Individual | |
BBC Goal of the Season | Musim 2013–14 dan 2014–15 |
BBC London | Young Footballer of the Year – 2010 |
PFA Young Player of the Year | 2010–11 |
PFA Premier League Team of the Year | 2010–11 |
Arsenal Player of the Season | 2010–11 |
Bournemouth Player of the Month | November 2016 dan December 2016 |
Berbalik kepada tajuk, Arsenal sebelum ini pernah memiliki beberapa pemain 'wonderkid' yang dianggap begitu hebat ketika itu.
Siapa yang tak kenal dengan Francis Jeffers dan David Bentley, dua pemain muda yang dikatakan bakal menjadi pemain terkenal suatu hari nanti. Namun gagal menyerlah bersama Arsenal.
Berbeza dengan Wilshere yang mana beliau begitu menyerlah bersama Arsenal cuma 'tergendala' akibat kecederaan.
Dua pemain 'wonderkid' Arsenal terdahulu, mengalami nasib berbeza jika dibandingkan dengan Wilshere (setakat ini). Kedua-dua mereka mengalami nasib malang selepas meninggalkan ataupun dilepaskan Arsenal.
Francis Jeffers, yang menyertai Arsenal pada usia 20 tahun dengan nilai perpindahan sekitar £10juta mempunyai reputasi tinggi sebelum menyertai Arsenal.
Berbeza dengan Wilshere yang mana beliau begitu menyerlah bersama Arsenal cuma 'tergendala' akibat kecederaan.
Dua pemain 'wonderkid' Arsenal terdahulu, mengalami nasib berbeza jika dibandingkan dengan Wilshere (setakat ini). Kedua-dua mereka mengalami nasib malang selepas meninggalkan ataupun dilepaskan Arsenal.
Francis Jeffers, yang menyertai Arsenal pada usia 20 tahun dengan nilai perpindahan sekitar £10juta mempunyai reputasi tinggi sebelum menyertai Arsenal.
'fox in the box' - Francis Jeffer. |
Membuat penampilan pertama dalam skuad utama Everton pada usia 16 tahun dan beliau dinilai sebagai pemain yang paling berbakat dan penjaring gol prolifik oleh Arsene Wenger, David Moyes dan Sven Goran Eriksson pada zaman itu.
Pernah dianggap sebagai 'fox in the box' namun beliau tetap gagal bersama Arsenal sehinggakan dipinjamkan kepada kelab asal beliau, Everton.
Beliau pernah menjaringkan gol dalam karier bolasepak beliau bersama skuad England. Gol beliau bersama skuad Kebangsaan England dijaringkan pada tahun 2003 yang mana gol tersebut merupakan-satu-satunya gol beliau bersama skuad kebangsaan England.
Kini pada usia 36 tahun beliau menjadi sebahagian daripada staff kejurulatihan Everton bermula pada Oktober 2016.
Kini pada usia 36 tahun beliau menjadi sebahagian daripada staff kejurulatihan Everton bermula pada Oktober 2016.
David Bentley, sedikit berbeza dengan Jeffers dimana beliau dilahirkan daripada akademi Arsenal yang disertainya pada usia 13 tahun (1997).
![]() |
'New David Beckham' David Bentley. |
Sepanjang beliau diserapkan ke dalam skuad utama Arsenal pada tahun 2001 sehinggalah beliau meninggalkan Arsenal pada tahun 2006 untuk menyertai Blackburn, beliau hanya membuat enam penampilan dengan satu gol berjaya dijaringkan beliau.
Selain kecederaan beliau juga mengalami masalah dengan sikapnya yang suka berjudi yang akhirnya menyaksikan beliau bersara pada usia 29 tahun (2014).
Dalam satu wawancara, beliau pernah mendedahkan dimana beliau hilang minat terhadap bolasepak dan menyifatkan bolasepak moden tidak begitu sesuai buat dirinya.
Kini beliau (32 tahun) mengusahakan sebuah restoran di Sepanyol dan juga di London yang dikongsi bersama Raheem Sterling dan Alex Oxlade-Chamberlain.
Melihatkan kepada sejarah pemain-pemain muda Arsenal terdahulu, amat sayang jika bakat mereka gagal digilap dan dibentuk menjadi pemain terkenal walaupun pada satu ketika, mereka berada dipuncak kegemilangan.
Selain faktor kecederaan, sikap dan minat pemain itu sendiri juga boleh merosakan potensi mereka.
Dengan Jack Wilshere menurut laporan perubatan Bournemouth, bagaikan kaca yang perlu dipegang dan dijaga dengan rapi kerana mudah mengalami kecederaan; sesuatu yang perlu dilakukan dan diambil perhatian oleh pasukan perubatan Arsenal bagi mengatasi masalah beliau ini.
Diharapkan Jack Wilshere tabah mengharungi detik-detik sukar ketika ini dan mampu bangkit menjadi bintang terkenal dunia satu hari nanti. Tidak kisah dimana beliau bermain atau mewakili mana-mana pasukan, asalkan mampu menyinar kerana beliau adalah DNA Arsenal.
We Are The Arsenal