Ke Roma ke Mahrez?


Pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez yang dikaitkan dengan Arsenal dikatakan dilamar oleh kelab Itali, AS Roma.

Laporan daripada Sky Sport Itali, mendedahkan dimana pasukan Roma telah membuat bidaan ataupun tawaran sejumlah £30 juta terhadap pemain tersebut kepada Leicester City.

Namun menurut laporan tersebut, tawaran Roma itu ditolak Leicester City dengan alasan terlalu rendah.

Leicester sebelum ini meminta mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap kelahiran Algeria ini perlu membayar sekurang-kurangnya £50 juta. 



Bagaimanapun bagi pasukan diluar England, Leicester sedia menerima tawaran bagi melepaskan pemain itu dengan jumlah sekurang-kurangnya £40 juta sahaja.

Tawaran dibuat Roma terlalu rendah bagi mendapatkan Mahrez.
Laporan sebelum ini daripada laman Sky Sport Itali itu juga mendedahkan dimana persetujuan diantara kedua-dua pihak iaitu Roma dan Mahrez dikatakan hampir pasti dipersetujui.

Dengan pengendali Leicester, Shakespeare mengakui bahawa Roma telah membuat tawaran terhadap pemain tersebut namun ianya terlalu rendah buat mereka untuk menerima tawaran tersebut.

Mereka (Leicester) sebelum ini mendedahkan dimana mereka sanggup melepaskan Mahrez dengan nilai £35 juta dan sanggup untuk menurunkan nilai tersebut kepada £30 juta jika pihak Roma sanggup memberi jaminan 'bonus' dalam klausa kontrak Mahrez.

Namun, laporan terbaru mengatakan dimana mereka telah menolak tawaran £30juta daripada Roma dengan alasan terlalu rendah dan mahukan £40 juta untuk mereka melepaskan Mahrez kepada Roma.

Laporan terbaru itu turut menyebut dimana pihak Leicester tidak berpuas hati dengan tawaran £30 Roma beserta bonus itu yang dikatakan terlalu rendah sambil menyifatkan kelab itu (Leicester) tidak berhasrat menjual Mahrez dan jika Roma benar-benar mahukan pemain itu, £40 juta merupakan harga yang ditetapkan.

Mengikut laporan Metro pula, mendedahkan dimana Leicester City menolak tawaran Roma dan berharap Arsenal akan melakukan tawaran terhadap pemain ini.

Dalam laporan tersebut, Mahrez dikatakan bakal menyertai Arsenal pada jendela perpindahan ini.

Riyad Mahrez determined to join Arsenal this summer
Metro

Sedihnya menjadi peminat dan penyokong Arsenal pada musim perpindahan ataupun jendela perpindahan adalah dengan membaca dan mengikuti rumors yang mana nama-nama besar dikaitkan dengan Arsenal.

Pengakhiran-nya... terpaksa meng Google nama pemain yang dibawa masuk oleh Wenger.

Namun jiwa kental penyokong Arsenal sudah biasa dengan suasana begini. Jangan berhenti mengharap.

#WeAreTheArsenal #COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post