Kontrak Ozil dan Sanchez adalah 'ideal' menurut Wenger.


Wenger menegaskan dimana kontrak Ozil dan Sanchez yang bakal berakhir pada penghujung musim depan adalah 'ideal' untuk situasi kelab ketika ini.

"It is an ideal situation - everyone has to perform," Wenger said after his side defended their Emirates Cup title despite a 2-1 loss to Sevilla on Sunday.

Ozil ketika ini dikatakan bakal menandatangani kontrak baru bersama kelab, manakala Sanchez pula dikaitkan dengan perpindahan dengan pasukan Manchester City dan Paris Saint-Germain.

Sanchez tidak beraksi dalam saingan Piala Emirates yang baru menutup tirai kejohanan semalam serta tidak menyertai latihan bersama skuad Arsenal kerana dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

Arsenal muncul juara Kejohanan Piala Emirates edisi ke-9.
Beliau sebelum itu diberikan pelepasan cuti selepas berakhirnya kejohanan Piala Konfederasi bersama skuad kebangsaan Chile. Namun sehingga kini beliau masih belum menjalani latihan bersama Arsenal ekoran masalah kesihatan yang didakwa beliau (Sanchez).

Kini desas-desus mengenai situasi beliau bakal meninggalkan skuad semakin bertiup kencang, lebih lebih lagi Wenger merahsiakan perbualan mereka berdua.

Selain Ozil dan Sanchez, pemain-pemian utama Arsenal yang lain turut berada ditahun terakhir mereka adalah Jack Wilshere, Alex Oxlade-Chamberlain, Santi Cazorla dan Kieran Gibbs.

Menurut Wenger, perkara ini adalah menjadi satu kebiasaan bagi pemain utama dan ternama berada ditahun terakhir tanpa melanjutkan kontrak mereka.

Dan beliau percaya untuk tempoh 10 tahun akan datang, perkara ini menjadi lebih biasa bukan sahaja bagi pemain ternama malahan pemain biasa dimana urusan perpindahan semakin meningkat (nilai) dan tuntutan gaji juga semakin meningkat.

Jadi tidak hairanlah pemain-pemain ternama berada dipenghujung kontrak (tahun terakhir bersama kelab) memandangkan tiada kelab yang sanggup untuk memenuhi permintaan gaji yang semakin tingggi.

Menurut beliau lagi tidak menjadi masalah mengenai prestasi pemain yang berada ditahun akhir kontrak mereka bersama kelab, mereka tetap mahu beraksi dengan baik dan cemerlang.


Tidak timbul isu dimana seseorang pemain yang berada ditahun akhir tidak mahu beraksi atau tidak mempamerkan aksi cemerlang. 

"When you are a football player you perform until the last day of your contract. What does it change if you have two years or one year to go? If you go out on the football pitch you want to play and you want to do well.

"Do you really think that you sit in the dressing room before the game and think, 'Oh I only have one year to go I will not play well today'? Where does that come from?

"When you're a football player you want to go out and play and do as well as you can. What does that have to do with the length of your contract? How long do you know that you will work for your company? As long as you work you do well.

"Nobody knows if Sanchez will not extend his contract here. The performance on the day does not depend on the length of the contract. If that was true we would sign everyone for 20 years."

- Goal.

Wenger yang mana turut berada ditahun akhir kontrak beliau bersama kelab ini pada musim lalu menjelaskan dimana situasi beliau berbeza dengan situasi seorang pemain.

Dalam situasi beliau, ianya memberi kesan kepada pemain namun dalam situasi pemain (yang berada ditahun akhir kontrak) ianya tidak memberi sebarang kesan kepada pemain dan juga pasukan.

"Apa yang boleh saya lakukan?" Jika satu hari Sanchez meninggalkan Arsenal namun kelab ini tetap ada dan perjuangan tetap diteruskan."

"Namun sudah tentu saya merasakan beliau (Sanchez) akan kekal. Sudah banyak kali saya bercakap mengenai ini."

Post a Comment

Previous Post Next Post