Lukas Podolski 'umumkan' kemunculannya bersama Vissel Kobe dengan bergaya


Lukas Podolski 'umumkan' kemunculannya bersama Vissel Kobe dengan dua jaringan gol yang cukup cemerlang ketika membantu kelab itu mencapai kemenangan 3-1 ke atas Omiya Ardija pada saingan J.League.

Bekas penyerang Arsenal, Podolski berjaya memberi impak segera di Stadium Noevir, dengan berjaya menjaringkan dua dalam penampilan pertama beliau bersama kelab Jepun, Vissel Kobe. 


Separuh masa pertama, perlawanan kekal tanpa sebarang gol berjaya dihasilkan sebelum bekas pemain antarabangsa Jerman itu melepaskan satu rembatan kaki kiri beliau pada jarak 25 ela untuk menewaskan penjaga gol Omiya Ardija pada minit ke-49 separuh masa kedua perlawanan.



Dua minit selepas Omiya berjaya menyamakan kedudukan melalui Marcelo Toscano, Podolski kembali meletakan pasukan beliau didepan selepas berjaya menyempurnakan hantaran silang  Kotaro Omori

Hideo Tanaka melengkapkan kemenangan 3-1 Vissel Kobe keatas Omiya Ardija dengan rembatan yang menyerupai Podolski.

Post a Comment

Previous Post Next Post