Media Portugal Kagum dengan Pemain Muda Arsenal.


Reiss Nelson masa depan Arsenal

Reiss Nelson, 17 tahun beraksi buat kali pertama di Stadium Emirates pada Sabtu lalu dalam kejohanan Piala Emirates yang akhirnya dimenangi Arsenal.

Pemain penyerang tengah yang lebih gemar beraksi pada sayap kanan ini mencuri tumpuan media dan peminat Arsenal pada aksi beliau dalam siri jelajah 2017 di Sydney dan terbaru pada aksi Piala Emirates.


Dalam aksi beliau ketika menentang Benfica pada kejohanan Piala Emirates yang menyaksikan Arsenal berjaya menewaskan kelab Portugal itu dengan keputusan 5-2, pihak media Portugal begitu kagum dengan aksi beliau sambil menyifatkan pemain muda itu telah berjaya 'mengalahkan' pemain kebangsaan Portugal, Eliseu.
Walaupun baru berusia 17 tahun, namun aksi beliau pada siri perlawanan persahabatan pra musim kali ini benar-benar memukau.
Mampukah beliau membuat penampilan dalam kesebelasan utama Arsenal musim depan?

Pelbagai reaksi dapat dilihat mengenai pandangan penyokong terhadap pemain ini.

Apa komen dan pendapat anda semua mengenai pemain ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post