Status Terkini Santi Cazorla


Santi Cazorla hantar mesej menarik buat peminat Arsenal menjelang musim baru.

Beliau melalui laman Instagram telah memuat naik status terkini mengenai perkembangan beliau sambil menghantar mesej berbunyi:

To be back soon...important to have a good balance!



Beliau kini bekerja keras untuk mengembalikan kecergasan beliau dan seolah-olah tidak sabar untuk kembali membuat penampilan bersama Arsenal bagi menghadapi saingan liga musim depan.

A post shared by Santi Cazorla (@santicazorla) on


Pemain kebangsaan Sepanyol ini tidak beraksi bersama Arsenal semenjak September tahun lalu dan perlawanan terakhir beliau adalah ketika membantu Arsenal menewaskan  Ludogorets dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pembedahan terakhir beliau dijalankan pada Mei lalu bagi merawat kecederaan Achilles beliau dan dalam temubual selepas pembedahan itu, beliau dijangkakan berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya lima bulan.

Namun kini, beliau telah mula menjalani latihan ringan bagi megembalikan kecergasan beliau dan berharap mampu kembali beraksi dengan segera.

Post a Comment

Previous Post Next Post