Jack Wilshere kembali membuat penampilan bersama Arsenal awal pagi tadi.
Selepas setahun tidak bersama Arsenal setelah dipinjamkan kepada Bournemouth sepanjang musim lalu, Wilshere akhirnya kembali beraksi bersama Arsenal.
Walaupun hanya bermain bersama pasukan bawah-23 tahun Arsenal (U23) ketika menentang Derby County dalam saingan Liga Perdana 2 awal pagi tadi namun aksi Wilshere itu sedikit sebanyak berjaya mengubati kerinduan peminat-peminat beliau dan juga Arsenal.
Dalam perlawanan itu, Wilshere beraksi selama 73 minit sebelum dikeluarkan dan digantikan oleh Marcus McGuane pada kedudukan ketika itu terikat 2-2 .
Tujuh minit kemudian Nketiah berjaya menjaringkan gol kemenangan buat skuad U23 Arsenal.
Selain Wilshere turut beraksi pada perlawanan itu adalah Francis Coquelin dan Kieran Gibbs dari skuad senior Arsenal.
Wenger sebelum ini pernah mengatakan dimana beliau mahu melihat tahap kecergasan Wilshere terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan pemain tersebut bersama Arsenal.
Berikut adalah aksi-aksi Wilshere bersama skuad U23 Arsenal menentang U23 Derby County.
— TerryAFC (@TerryAFCx) August 15, 2017
Pada pandangan penulis, jika Jack Wilshere mampu membuktikan beliau masih cergas dan mampu memulihkan keyakinan Wenger terhadap beliau sudah pasti beliau mampu kekal bersama Arsenal.
Wenger juga pernah mengatakan dimana beliau mahukan Jack Wilshere menjadi kapten Arsenal satu hari nanti.
Tambahan pula Wilshere sememangnya mahu kekal bersama Arsenal dan hanya menunggu kontrak baru ditawarkan kepada beliau.