Kenali Staff : Takahiro Yamamoto

Takahiro Yamamoto. Kredit gambar : Arsenal
Takahiro Yamamoto menerima gelaran "Tangan Ajaib" daripada barisan staff kejurulatihan dan juga para pemain West Ham United

Disediakan oleh : Syafiq Dayat
MyGooners1886
16 Aug 17 | 00:03AM

Beliau merupakan ahli Fisioterapi Sukan 'Sports Therapist' bukanlah nama asing dipentas bola sepak Eropah. Takahiro telah berkelana di Eropah semenjak tahun 2000 lagi. 



Mari kita lihat profile Sports Therapist of Arsenal FC ini.
Nama Takahiro Yamamoto
Lahir Saitama, Japan - 28 Sept 1968
Jawatan Sports Therapist at Arsenal F.C , Japan Sports Association
Sertai Arsenal July 2015
Kelayakan Athletic trainer (Tokyo), acupuncture therapist (Tokyo), massage therapist (Tokyo)

Jika anda lihat pengalaman kerjaya Takahiro ini, anda pasti terkejut dan tidak menyangka betapa hebatnya beliau ini.

Mari kita lihat perjalanan karier beliau. 
Kerjaya / pengalaman
Feb 00 - Jun 01 Athletic Trainer (H.Nakata) AS Roma
Jun 01 - Jan 04 Athletic Trainer (H.Nakata) AC Parma
Jan 04 - May 04 Athletic Trainer (H.Nakata) FC Bologna
Jul 04 - May 05 Athletic Trainer , AFC Fiorentina H.Nakata's Personal Trainer (AS Roma, AC Parma, FC Bologna, AFC Fiorentina, FC Bolton) .
Jul 05 - May 07 Athletic Trainer , Bolton Wanderers
Jul 07 - Dec 08 Athletic Trainer , AFC Fiorentina
May 11 - Apr 14 Sport Therapist , FA Wales
Aug 09 - May 15 Athletic Trainer , West Ham United FC
May 14 - Sekarang Athletic Trainer/Sport Manual Therapist , FIGC Federazione Italiana Giuoco Calcio ITALY
Jul 15 - Sekarang Sports Therapist , Arsenal FC


Yamamoto bukan sahaja terkenal dipentas Eropah malahan beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pakar dalam dunia perubatan Sains Sukan dengan kemahiran beliau berkaitan 'soft tissue'.

Beliau mendapat lesen dan sijil pengiktirafan daripada badan sukan Jepun iaitu Japan Sports Association pada tahun 1999.

Walaupun beliau bekerja bersama Arsenal, namun Wenger tidak menghalang beliau daripada membuat kerja sambilan bersama Persatuan Bola Sepak Itali.

Sebelum ini juga, Wenger turut membenarkan beliau untuk berkhidmat kepada skuad kebangsaan England yang ketika itu dikemudikan oleh Sam Allardyce.

Namun dengan kemelut dan skandal yang menimpa Sam Allardyce, menyaksikan beliau hanya berkhidmat dalam tempoh yang singkat bersama skuad kebangsaan England.

Karier beliau boleh dikatakan bermula apabila beliau ketika itu mengikuti ataupun 'menjaga' pemain kebangsaan Jepun yang cukup terkenal ketika itu iaitu Hidetoshi Nakata.

Hidetoshi Nakata
Kemana Nakata bermain, disitulah beliau berada. Bermula di Itali bersama Roma hinggalah ke Bologna sebelum beliau dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Itali untuk menjadi sebahagian daripada staff skuad kebangsaan itu selepas tidak lagi menjaga Nakata.

Bersama skuad Itali, beliau pernah bekerja bersama dua pengurus skuad kebangsaan itu iaitu Cesare Prandelli (2010-2014) yang mengemudi Itali pada Kejohanan Piala Dunia Brazil dan Antonio Conte (2014-2016).

Julai 2005, Hidetoshi Nakata dipinjamkan kepada kelab Inggeris, Bolton Wanderers daripada Fiorentina. Dan sini beliau bertemu dengan bekas pengurus England, Sam Allardyce.

Selepas Nakata mengumumkan persaraan dengan aksi terakhir pemain itu adalah bersama kelab Bolton, beliau kemudiannya kembali ke Fiorentina pada tahun 2007.

Dua tahun kemudiannya, beliau kembali ke Liga Perdana Inggeris apabila Gianfranco Zola memanggil beliau untuk menyertai West Ham United.

Pelantikan Sam Allardyce sebagai pengurus West Ham pada tahun 2011 menemukan kembali Yamamoto bersama bekas pengurus Bolton ini dan ketika ini juga Yamamoto berkhidmat untuk pasukan kebangsaan Wales.

Sam Allardyce begitu mengagumi kepakaran Yamamoto.
Dan pada Julai 2015, beliau akhirnya menyertai Arsenal dan beliau masih berkhidmat kepada Persatuan Bola Sepak Itali.

Gelaran tangan ajaib oleh pasukan West Ham kepada Yamamoto
Selain digelar 'Tangan Ajaib' beliau turut digelar 'machine' kerana memiliki kekuatan peribadi dan fleksibiliti pada karekter beliau oleh pemain dan staff West Ham.

Secara umumnya, tugas dan peranan beliau adalah dalam pemulihan kecederaan otot dan pencegahan kecederaan pada otot pemain.

Kemahiran : Athletic Trainer, Acupuncture, Sports Massage, Manual Therapy, Stretching, Medical Massage, Soft Tissue Therapy, Neuromuscular Therapy, Trigger Point Therapy, Deep Tissue Massage, Kinesio Taping, Injury Prevention, Strength Training, Personal Training, Core Strength, Sports Injuries, Strength Therapeutic Massage, Strength And Conditioning


Rujukan :
Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post