Ronald Koeman mahu dapatkan Welbeck


Selepas gagal untuk membawa Giroud menyertai beliau musim ini, pengurus Everton,  Ronald Koeman mensasarkan seorang lagi pemain Arsenal.

Selepas kehilangan penyerang berbisa mereka, Romelu Lukaku yang menyertai Manchester United musim ini, Everton dilaporkan mencari seorang lagi pemain penyerang yang mampu bergandingan bersama Wayne Rooney.

Giroud setia bersama Arsenal
Laman Tuttomercartoweb melaporkan dimana Koeman berminat untuk mendapatkan penyerang Arsenal yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan England, Danny Welbeck.

Everton is looking for a reinforcement in attack and after receiving the no by Olivier Giroud, Ronald Koeman would continue to think of Danny Welbeck. Arsenal striker is very fond of the Toffees coach and could rebuild with Wayne Rooney the pair goal already seen at Manchester United. -Tuttomercartoweb

Koeman mengakui kehilangan Lukaku pada jentera serangan pasukan beliau musim ini menjejaskan sedikit bisa serangan pasukan walaupun tempat pemain itu diisi oleh bekas penyerang Manchester United, Rooney yang diperolehi secara percuma. 

Wow! Bergandingan dengan member lama (Man.United dan England).
Namun menurut beliau, tawaran £75 juta itu merupakan sesuatu yang sukar untuk ditolak dan beliau percaya mampu mencari pengganti kepada Lukaku dan melihat gandingan Rooney bersama Welbeck merupakan sesuatu yang ideal.

Post a Comment

Previous Post Next Post