Alexis Sanchez ke Monaco....?


Laporan daripada laman sukan Perancis, BuzzSport semalam mencadangkan nama Alexis Sanchez kepada Monaco jika pasukan itu kehilangan dua tonggak utama mereka ketika ini. 

Menurut laporan itu, Monaco perlu mencari pengganti kepada dua pemain mereka yang mana kini hangat diperkatakan dengan perpindahan, Lemar dan Mbappe.



Si Monaco vend à la fois Lemar et Mbappé, le club de la Principauté pourrait bien tout faire pour tenter d’attirer une nouvelle star sur le Rocher.

Monaco telah kehilangan Bernardo Silva dan Benjamin Mendy kepada Manchester City serta Tiemoue Bakayoko yang menyertai Chelsea pada jendela perpindahan ini, berkemungkinan bakal kehilangan salah satu tonggak sedia ada sekarang seperti Mbappe dan Lemar.

PSG dilaporkan sedia untuk mendapatkan Mbappe dengan tawaran berjumlah €160 juta.

PSG dilaporkan bakal membuat tawaran bagi mendapatkan Mbappe.
Manakala Lemar yang dikaitka dengan Arsenal, dikatakan tidak begitu gembira dengan situasi bersama Monaco termasuk laporan terbaru mengenai insiden selepas menjalani latihan bersama skuad itu.

Lemar was affected by a bust-up between teammates Mbappé and Fabinho, though he wasn't directly involved. He left the training session.

Adakah Arsenal bakal melakukan pertukaran pemain diantara Monaco dengan melepaskan Sanchez dan mendapatkan Lemar? Adakah ini berbaloi?

Arsenal sebelum ini dilaporkan perlu melepaskan (menjual) beberapa pemain sebelum membawa masuk mana-mana pemain baru.

Post a Comment

Previous Post Next Post