Wenger dedahkan isu Mahrez

Persoalan mengenai adakah Mahrez bakal menyertai Arsenal pada jendela perpindahan ini setelah pemain tersebut kuat dikaitkan dengan Arsenal akhirnya terjawab.

Wenger akhirnya mendedahkan mengenai rumors yang mengaitkan pemain tersebut setelah beliau mengakui meminati pemain itu.

Menurut Wenger sebagaimana dilaporkan oleh Football London, beliau tidak pernah membuat sebarang tawaran bagi mendapatkan pemain itu.

Tambah beliau lagi, Arsenal memiliki ramai pemain yang setanding dengan beliau serta memiliki gaya permainan seperti beliau.

"We have not made a bid for him but personally I like the player,"

Beliau turut menyifatkan Mahrez jika dibandingkan dengan pemain Arsenal sedia ada hanya setanding Iwobi serta gaya permainan beliau yang hampir sama dengan Ozil. 

Arsenal kini turut memiliki seorang lagi pemain yang menyerupai Mahrez iaitu Wilshere yang kembali menyertai Arsenal setelah dipinjamkan semusim kepada Bournemouth musim lalu.

Ditanya mengenai adakah beliau bakal membuat tawaran bagi mendapatkan Mahreh... berikut jawapan Wenger.

"Have we made a bid for him? No. Not yet. Not yet means it could happen, it could not happen."

Pandai-pandai lah korang takfsir sendiri maksud 'Not Yet' yang dikeluarkan oleh Wenger.😥

Post a Comment

Previous Post Next Post