Permulaan 'Serangan Sakit Jantung'

Permulaan liga yang mencetuskan 'sakit jantung' buat kita selaku peminat dan penyokong Arsenal.

Arsenal memulakan kempen 2017/18 dengan membawa tiga mata berharga setelah berjaya menewaskan Leicester City 4-3.


Barisan kesebelasan kedua-dua pasukan





'Sakit Jantung'
Lacazette meletakkan Arsenal di depan seawal minit kedua perlawanan apabila menanduk masuk bola hantaran cantik daripada Elneny.
Namun, ianya kegembiraan seketika sebelum tiga minit kemudian, Okazaki menyamakan kedudukan melalui tandukan beliau yang berjaya menewaskan Cech.

Kemudian giliran Leicester mendahului Arsenal melalui jaringan oleh Vardy sebelum Welbeck menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke 45 (dipenghujung perlawanan separuh masa pertama).

Bersambung babak kedua, Leicester sekali lagi mendahului Arsenal dan gol pendahuluan Leicester hasil jaringan Vardy.

Kemasukan Ramsey dan Giroud mengubah situasi apabila masing-masing berjaya menjaringkan satu gol bagi memastikan kemenangan menjadi milik Arsenal.

Arsenal yang mengusai perlawanan kelihatan sukar untuk menembusi pertahanan Leicester yang lebih banyak bertahan dan mengamalkan serangan balas 'Counter Attack'.

Ketiadaan Per dan Kosielny begitu dirasai pada perlawanan ini dan Holding dilihat sedikit 'goyang' pada perlawanan kali ini.

Apa-apa pun Arsenal berjaya melepasi badi perlawanan permulaan (pembukaan) liga. Jika musim lalu kita kalah kepada Liverpool 3-4 namun kali ini kita menang 4-3!

Liga Perdana Inggeris 


don’t like to make comparisons but I can say that here the pace of the game is a bit higher. It really goes from end to end and that’s impressive. It takes time to get used to it, and you need time to do it, but that will come from game to game.

Read more at https://www.arsenal.com/news/kolasinac-emotional-and-dramatic-start#RiGBiDWWOIkytxFx.99
Kolasinac nyata gembira dengan aksi sulung beliau bersama Arsenal dalam saingan Liga Perdana lebih-lebih lagi ketika menghasilkan 'assist' kepada Welbeck untuk menyamakan kedudukan menjadi 2-2.

Beliau turut mengakui Liga Perdana Inggeris mempunyai tempo permainan yang lebih laju berbanding jika dibandingkan dengan Bundesliga.

Xhaka pula lega apabila kesilapan beliau (gol kedua Leicester) berjaya dibalas dengan dua assists untuk memastikan kemenangan Arsenal setelah Ramsey dan Giroud berjaya menjaringkan gol hasil daripada bantuan yang dihasilkan beliau.

Tujuh Gol dalam perlawanan pembukaan 2017/18.

➧GOAL!: Arsenal 1-0 Leicester (Lacazette minit ke-2)
➧GOAL!: Arsenal 1-1 Leicester (Okazaki minit ke-5)
➧GOAL!: Arsenal 1-2 Leicester (Vardy minit ke-29)
➧GOAL!: Arsenal 2-2 Leicester (Welbeck minit ke-45)
➧GOAL!: Arsenal 2-3 Leicester (Vardy minit ke-56)
➧GOAL!: Arsenal 3-3 Leicester (Ramsey minit ke-83)
➧GOAL!: Arsenal 4-3 Leicester (Giroud minit ke-85)

Gol-gol Arsenal


Post a Comment

Previous Post Next Post