Arsenal berada dalam krisis


Arsenal berada dalam krisis menurut bekas pemain Arsenal, Martin Keown

Kekalahan berturut-turut Arsenal dalam saingan Liga Perdana menunjukkan bahawa kelab itu kini berada dalam kedudukan yang membimbangkan. 

Arsenal kini berada dalam krisis menurut bekas pemain pertahanan, Martin Keown yang turut mempersoalkan keputusan Arsene Wenger selepas kekalahan 4-0 yang memalukan  kepada Liverpool.



Gol dari Roberto Firmino, Sadio Mane, Mohamed Salah dan Daniel Sturridge meranapkan impian Arsenal dalam mencuri mata ketika bertandang ke Anfield.

Pembelian termahal Arsenal, Alexandre Lacazette, pemain pertahanan Shkodran Mustafi dan Sead Kolasinac hanya diletakkan dibangku simpanan sebagai pemain gantian ketika Arsenal tewas kepada Liverpool dan mengalami kekalahan berturut-turut dalam saingan liga.

Pemain termahal Arsenal berada dibangku simpanan yang menjadi persoalan Keown.
Bercakap kepada BBC, Keown mengatakan Arsenal kelihatan begitu naif dan dan pemain tengah yang diturunkan, Xhaka dan Ramsey bagaikan tidak berfungsi serta gagal menguasai kawasan mereka.

Beliau percaya bahawa taktikal Wenger untuk menyerang dan yakin bahawa Arsenal mampu untuk mencipta serangan sebagaimana latihan yang diterapkan Wenger didalam latihan bersama mereka.

Xhaka dan Ramsey bagaikan tidak berfungi dalam perlawanan menentang Liverpool
Namun beliau bagaikan tidak percaya dimana Arsenal gagal untuk menghasilkan walaupun satu percubaan tepat kearah pintu gol lawan ketika menentang Liverpool dan Arsenal kini telah melepaskan lapan gol dalam tiga perlawanan liga yang baru memasuki perlawanan ketiga.

Beliau yang membandingkan dengan sebuah lagi pasukan yang berpengkalan di London, West Ham dengan pengurus mereka, Slaven Bilic bakal dipecat ekoran mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut dan pasukan itu telah melepaskan 10 gol  setakat ini berbanding lapan yang dilepaskan Arsenal.

West Ham berada dalam krisis dengan menyaksikan pengurus kelab itu bakal disingkirkan dan Keown percaya situasi kelab tersebut dan Arsenal adalah sama ketika ini.

Bilic bakal dipecat ekoran prestasi teruk ketika ini.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Wenger wang meletakkan pemain-pemain yang berjumlah £130juta dibangku simpanan ketika menentang Liverpool.

"Terdapat £ 130million pemain yang duduk di bangku simpanan. Lacazette, merupakan harapan baru, kenapa beliau di bangku simpanan?

Selain itu tindakan Wenger yang melepaskan  Gabriel turut dipersoalkan beliau selain meletakan Mustafi dibangku simpanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post