Chamberlain sertai Chelsea


Arsenal dilaporkan telah menerima tawaran Chelsea bagi mendapatkan Chamberlain.

Menurut laporan Sky Sports News, Arsenal dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran bernilai £35juta daripada Chelsea bagi mendapatkan Alex Oxlade-Chamberlain.

Pemain tersebut dikatakan sedang berunding bersama Chelsea bagi memenuhi terma peribadi beliau bersama kelab itu dan dijangka bakal meninggalkan Arsenal sebelum tarikh tutup jendela perpindahan ini (Khamis ini).

Chamberlain sebelum ini dikatakan menolak tawaran pembaruan kontrak daripada Arsenal yang bernilai £180,000 seminggu.

Post a Comment

Previous Post Next Post