Kylian Mbappé sertai PSG secara pinjaman?


Paris Saint-Germain (PSG) terus rancak memburu pemain pilihan mereka pada jendela perpindahan ketika ini.

Pemain kelab Monaco yang berusia 18 tahun, Kylian Mbappé dijangka bakal melengkapkan perpindahan beliau ke PSG sebelum tarikh akhir perpindahan pemain ditutup pada Khamis ini.

Pemain kelab Monaco yang berusia 18 tahun, Kylian Mbappé dijangka bakal melengkapkan perpindahan beliau ke PSG sebelum tarikh akhir perpindahan.


Difahamkan perpindahan beliau itu adalah secara pinjaman namun dengan klausa pilihan untuk membeli pemain ini dengan nilai €180 juta. 

Laporan Reuters, mengatakan bahawa Mbappe telah pun bersetuju untuk menyertai kelab tersebut dengan kontrak selama lima tahun dan akan menjalani pemeriksaan perubatan di Parc des Princes pada hari hari ini.

Mbappe bakal sertai PSG secara pinjaman musim ini sebelum dibeli dengan nilai €180 juta pada musim depan oleh PSG.
Turut dilaporkan dimana pemain sayap Brazil, Lucas Moura akan menyertai Monaco dari PSG sebagai  sebahagian (pertukaran) daripada perjanjian itu.

Tindakan PSG yang melakukan pinjaman terhadap pemain tersebut dikatakan bagi mengelak tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka oleh badan induk bolasepak Eropah berkenaan  Financial Fair Play.

Lucas Moura bakal sertai Monaco sebagai pertukaran mendapatkan Mbappe.
Sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat dipastikan lagi, namun dengan ketiadaan pemain ini bersama skuad kendalian Leonardo Jardim dalam perlawanan terkini menjadi tanda tanya.

Beliau yang mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan musim, berada dibangku simpanan pada perlawanan kedua dan semenjak itu kelibat beliau jarang dilihat bersama skuad Monaco terutama pada perlawanan menentang Marseille semalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post