Arsenal Firm

Sekadar hiasan.
Hooliganisme bolasepak biasanya melibatkan konflik antara geng ataupun kumpulan penyokong yang dikenali sebagai 'football firms'.

Pada asalnya, perkataan ataupun istilah 'firm' ini adalah merujuk kepada geng jenayah mengikut slanga British.

Namun dalam dunia bolasepak pula, ianya merujuk kepada kelompok ataupun kumpulan yang dibentuk pada asasnya bertujuan untuk menakut-nakutkan dan menyerang penyokong pihak lawan secara fizikal. 

Walaupun tidak semua kumpulan ini bertindak menyerang pihak lawan, namun tugas ataupun fungsi utama mereka untuk menakutkan penyokong pihak lawan adalah amat jelas sekali ketika hari perlawanan. 



Arsenal Firm

Arsenal mempunyai dua kelompok penyokong bolasepak yang dikenali dalam golongan 'firm' ataupun 'hooligan' ini dimana salah satunya adalah 'The Gooners' yang menggunakan nama tersebut berilhamkan daripada nama gelaran kelab, The Gunners.

Manakala satu lagi kumpulan 'hooligan' ini dikenali dengan panggilan ataupun kumpulan 'The Herd'.

Info Ringkas Kini
*The Gunners - nama gelaran terhadap Arsenal yang mana dipercayai pada awal penubuhan kelab, sekumpulan pekerja dari kilang Woolwich Arsenal (kilang menghasilkan senjata dan peluru) yang merupakan nadi utama kewujudan kelab ini telah menggelarkan kelab ini dengan nama samaran 'Gunners' merujuk kepada senjata dan peluru yang dihasilkan mereka.

*The Gooners - merujuk kepada peminat dan penyokong Arsenal dan pada masa kini The Gooners tidak merujuk lagi kepada kumpulan hooligan ini.

1.The Gooners

The Gooners dikenali sebagai kumpulan ataupun kelompok hooligan bolasepak yang kebanyakannya aktif dalam tahun 1980-an. Bagaimanapun pada masa kini, nama ini digunakan oleh majoriti penyokong Arsenal (bukan hooligan) yang menganggap diri mereka sebagai penyokong Arsenal sejati (die hard fans).

Tidak banyak info yang dapat dicari mengenai kumpulan ini mahupun kejadian-kejadian yang melibatkan mereka.

2. The Herd


The Herd, kebanyakannya aktif diantara penghujung tahun 1970-an dan awal 1990-an.

Walaupun Kumpulan Herd masih wujud hingga ke hari ini namun mereka kini lebih memilih untuk tidak terlalu menonjol dan berselindung disebalik penyokong biasa. 

The Herd dikenali sebagai kumpulan hooligan bolasepak yang ganas serta mempunyai slogan khas - "E-I-E".

Kumpulan ini mempunyai beberapa pesaing utama dalam dunia hooliganisme bolasepak dan ianya masih wujud sehingga ke hari ini seperti kumpulan West Ham’s I.C.F, Tottenham Hotspur’s ‘Yid Army’, Chelsea’s ‘Headhunters’ dan Millwall’s F-Troop (lkini dikenali dengan nama  ‘Millwall Bushwackers’).

Walaupun kumpulan The Herd dianggap sebagai kumpulan penyokong yang ganas, namun tidak semua diantara mereka mengamalkan tindakan ganas secara fizikal. 

Sebagai contoh Dainton Connell (juga dikenali dengan panggilan Denton 'The Bear' Connell) yang dianggap sebagai hero dikalangan peminat Arsenal. 

Dainton Connell (kiri).
Namun malangnya beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta pada tahun 2007 di Moscow, Russia.

Dianggarkan kira-kira 3000 orang menghadiri upacara pengkebumian beliau termasuklah lagenda Arsenal, Ian Wright.

*Cerita ini akan kami siarkan kemudian.

Ian Wright pada upacara pengebumian Dainton Connell.

E-I-E

Dua cerita disebalik maksud slogan E-I-E.

Cerita pertama maksud E.I.E ini bermula apabila kumpulan 'firm' pihak lawan datang kearah mereka dan salah seorang ahli kumpulan ini ingin menjerit atau memberitahu kepada kumpulan lain bahawa mereka sudah sampai "here they are" namun dengan mulut yang penuh berisi pie ataupun makanan ketika itu menjadikan ianya berbunyi seakan "E.I.E".

"Here they are" - " E.I.E " 

Maksud satu lagi E.I.E adalah "Every Idiot Enjoys" namun tiada siapa tahu maksud sebenar E.I.E melainkan ahli sebenar The Herd.


Sumber : The Firm

Post a Comment

Previous Post Next Post