Jack Wilshere yang dilayangkan kad merah pada perlawanan bersama skuad U23 Arsenal menentang U23 Man.City tempoh hari mendapat laporan negatif daripada Sam Morgan yang melaporkan untuk The Sun.

Jack Wilshere's career hits new low after shock incident

Laporan wartawan tersebut akhirnya mendapat respon daripada Wilshere yang nyata tidak berpuas hati dengan tulisan Sam Morgan itu.



Berikut adalah twit daripada The Sun yang kemudiannya dibalas Wilshere.
Dakwaan wartawan itu yang mengatakan kad merah mewakili 'kerjaya yang rendah' untuk bekas pemain antarabangsa England nyata tidak disenangi beliau.

Wilshere akhirnya membalas twit berkenaan dan mengajak wartawan tersebut bersemuka bersama beliau bagi memberi penerangan mengenai maksud wartawan itu  sebagai mana tulisan beliau pada laman sosial twitter.

"Evening Sam… Intrigued to hear more about how you think this is a career low for me?" "Would love a sit down with you? Look forward to it."

Wilshere pada laman instagram pula, mengakui dimana beliau begitu tidak sabar untuk kembali beraksi dan gembira dapat beraksi di Stadium Emirates walaupun ianya hanya 'sekejap' ekoran dibuang padang.

"Well, that was eventful."
"Felt good to be back on the pitch at the Emirates even though it ended earlier than I thought. My passion and my hunger is back, buzzing for more games."


Wilshere  ketika ini dikaitkan dengan perpindahan dan antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini adalah Juventus, Newcastle United dan juga West Ham.

Post a Comment

Previous Post Next Post