Pemain pertahanan kebangsaan Jerman, Josephine Henning kembali sertai skuad Wanita Arsenal.

Josephine Henning, 27 tahun sebelum ini pernah membantu skuad Wanita Arsenal memenangi Piala FA (Women's FA Cup) tahun 2016.

Beliau kemudiannya menyertai Olympique Lyonnais pada penghujung musim 2016 dan berjaya memenangi kejuaraan treble musim itu (2016/17) bersama kelab Perancis tersebut.

➦Division 1 Féminine: Winner 2016–17
➦Coupe de France Féminine: Winner 2017
➦UEFA Women's Champions League: Winner 2016–17



Josephine mempunyai rekod yang mengagumkan dimana beliau telah memenangi empat kali kejuaraan liga Jerman ( Wanita ) dan tiga kali kejuaraan Liga Juara-Juara Wanita ketika bersama kelab Jerman,Turbine Potsdam dan VFL Wolfsburg.

Selain itu beliau turut membantu pasukan Paris Saint-Germain layak keperingkat akhir Liga Juara-Juara Wanita  pada tahun 2014.

Pencapaian terbaik beliau bersama skuad kebangsaan Jerman adalah memenangi pingat emas pada Kejohanan Bola Sepak Olimpik Wanita 2016 di Brazil.

Memetik kenyataan pengurus pasukan Arsenal Wanita, Pedro Martinez Losa yang disiarkan pada laman Arsenal ;

"Josy is a true professional both on and off the pitch. She is an incredibly intelligent player who reads the game with precision. She brings so much to the squad and we are all delighted to have been able to bring her back to our club."

Manakala Josephine turut gembira kembali menyertai pasukan Arsenal Wanita ini dan berharap mampu membantu skuad ini untuk memenangi kejuaraan pada musim 2017/18.



"I'm very happy to be back at Arsenal. I have unfinished business here and I can’t wait to get started. As ever, we want to win trophies here and I'm going to work hard to help the club reach those goals."


Sumber : Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post