Arsenal guna 'senjata sulit' untuk dapatkan pemain Manchester City.

Jadon Sancho.
Kredit gambar : Daily Express
Jadon Sancho yang dilaporkan mahu meninggalkan Manchester City dikaitkan dengan Arsenal.

Selain Arsenal, beliau turut dikaitkan dengan beberapa kelab Eropah lain yang dikatakan berminat menggunakan khidmat beliau termasuklah kelab yang menjadi musuh tradisi Arsenal iaitu Tottenham Hotspur.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Telegraph, masa depan pemain ini bersama City kelihatan sukar setelah beliau dilaporkan beberapa kali menghilangkan diri daripada sesi latihan bersama pasukan itu.

Pemain kebangsaan U17 England ini dipercayai mahu meninggalkan kelab itu dan mencari pasukan yang mampu memberikan beliau peluang untuk beraksi dan jika beliau kekal bersama City, peluang beliau begitu sukar memandangkan kelab itu telah mempunyai pilihan penyerang yang ramai.



Sancho, 17 tahun yang beraksi pada posisi sayap kiri turut berkebolehan beraksi pada sayap kanan dilaporkan masih belum menandatangani kontrak baru yang ditawarkan City kepada beliau.

City telah mengemukakan tawaran berjumlah £30,000 seminggu dan beliau masih belum membuat keputusan sama ada kekal atau tidak bersama kelab itu. Dan ini memberi petanda kepada pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan beliau seperti Arsenal, Borussia Dortmund, Red Bull Leipzig, dan juga Tottenham.

Pihak Arsenal dilaporkan telah memerhati perkembangan beliau semenjak musim lalu, dengan Sacho masih belum membuat keputusan mengenai masa depan beliau bersama City; Arsenal dilaporkan bakal menggunakan 'senjata sulit' bagi mendapatkan pemain itu.

Pemain muda Arsenal, Reiss Nelson merupakan rakan karib Sancho yang begitu akrab dan Arsenal dikatakan bakal menggunakan pengaruh 'rakan karib' ini bagi memujuk pemain City itu untuk menyertai Arsenal musim depan.

Reiss Nelson dan Jadon Sancho merupakan rakan karib.
Pemain baru Manchester United, Romelu Lukaku pernah mengatakan dimana peranan 'best friend' beliau, Paul Pogba banyak mempengaruhi beliau untuk menyertai United.

Begitu juga Pique yang merupakan 'best friend' kepada  Fabregas yang banyak mempengaruhi beliau untuk kembali menyertai Barcelona dulu.

Dan Arsenal juga mampu menggunakan taktik yang sama bagi mendapatkan pemain muda kebangsaan England itu.

*Asyik orang je 'cilok'...kita bila lagi nak buat.

Post a Comment

Previous Post Next Post