Sikap membisu Neymar 'rosak' reputasi Barcelona


Isu perpindahan pemain Barcelona, Neymar yang dikatakan bakal meninggalkan skuad itu untuk menyertai PSG kini berlarutan dengan pelbagai rumors yang timbul.

Menurut laporan SPORT, isu perpindahan pemain itu dikatakan telah menjejaskan suasana bilik persalinan skuad tersebut dimana rata-rata pemain mula bercakap mengenai beliau dan dikatakan juga pemain lain mulai 'bosan' dengan sikap pemain itu selain mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.


Sikap Neymar yang berdiam diri mengenai isu ini juga dikatakan telah merosakkan imej pasukan dalam siri jelajah mereka (Barcelona) di Amerika Syarikat.

Walaupun Barcelona dikatakan telah melakukan segalanya bagi mengekalkan pemain tersebut, namun menurut sumber SPORT, sikap pemain itu yang membisu mengenai isu ini membuatkan mereka beranggapan bahawa Neymar bakal meninggalkan pasukan gergasi Sepanyol itu.

Neymar dikatakan bakal menyertai PSG dengan rekod perpindahan termahal dunia ketika ini (jika menjadi realiti) namun turut mengundang kontroversi mengenai isu Financial Fair Play jika urusan perpindahan ini berjaya dilakukan walaupun Barcelona dikatakan tidak bersedia untuk melepaskan pemain ini dengan klausa pelepas pemain itu bernilai €220juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post